Sunday, October 24, 2010

Fikir-fikirkan ...'Syukur Alhamdulillah'

Bismillahirahmanirahim ...
Alhamdullah syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi diberi ruang dalam peluang untuk meneruskan kehidupan di muka bumiNya yang hanya pinjaman sementara buat kita semua sebagai makhluk ciptaanNya.

Setinggi2 kesyukuran yang tidak berbelah bagi sebagai makhlukNya di atas segala macam nikmat kurniaanNya. Nyawa yang hanya diberi pinjam oleh Allah SWT kepada kita tanpa dibayar dengan apapun bahkan pemberianNya yang semuanya adalah percuma tanpa dibayar wang sesen pun baik tunai mahupun cek. Namun demikian, masih lagi ada di antara kita kurang prihatin dan juga masih lemah dalam mensyukuri segala macam nikmat pemberiannya. Tepuk dada tanya IMAN. Sejauhmanakah aku mensyukuri segala macam nikmat kurniaanNya?

Thursday, September 30, 2010

Bantuan Allah


www.iluvislam.com
Dihantar Oleh : Ain Farhana
Editor: Isyrak


Kerap kali hati ini merintih lemah meminta dan mengharapkan daripada Allah swt. Sesungguhnya sangat banyak cabaran yang telah dilalui dan kadangkala ianya seperti memaksa kita untuk meninggalkan jalan ini. Nauzubillah.


Inilah fitrah kita selaku makhluk yang bernama manusia. Tidak pernah lekang dengan sifat cuai kerana kita bukanlah diciptakan sempurna. Mungkin selama ini kita terasa kuat dalam menghadapi mehnah pada jalan ini tetapi akan tiba suatu masa kita akan dikunjungi perasaan lemah dan malas yang akan menusuk hati kita secara perlahan-lahan. Ketika itu hati akan mula memberontak dan akhirnya dengan mudah syaitan laknatullah menjalankan misi mereka untuk menarik kita mengikuti jalan toghut.


Sebagai seorang pejuang dalam agama ini, kita seharusnya bergembira dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah:

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (Al-Baqarah:214)


Dalam ayat tersebut Allah menyatakan ujian yang diberikan adalah untuk menjadi bukti bahawa para pejuang kebenaran ini adalah seorang yang benar-benar beriman dan ikhlas berjuang hanya kerana ingin menggapai mardhotillah. Inilah hakikat perjuangan, tiada erti senang lenang di dalam kamus hidupnya, yang ada dalam catatan hariannya cumalah perkara yang perit dan penuh dengan pengajaran untuk dibawa sebagai bekalan menempuh hari-hari mendatang yang menjanjikan seribu kesukaran lagi.


Tetapi, walaupun begitu susah perjuangan ini, mereka tidak semudah itu untuk mengalah. Lihat sahaja kisah Bilal bin Rabah, Mus’ab bin Umair dan Khabab yang dikurniakan dengan ujian yang menggetarkan iman, tetapi kerana keimanan yang tinggi kepada Allah, maka mereka diberi keistimewaan berada disamping Allah.


Ayuh pejuang!!! Bangkitlah dari kelemahan diri ini, ingatlah bahawa ujian itu sebagai mahar yang perlu dibayar untuk mendapatkan syurga dan semoga jerih lelah kita menunaikan mahar ini akan menjadi sirna ketika berhadapan dengan Allah kelak.


Perjuangan ini penuh onak duri dan segala macam rintangan, tetapi walaupun rintangan itu setinggi langit, ingatlah bahawa Allah sentisa berada di sisi kita.

Thursday, September 16, 2010

Saujana Aquari







Mendekati Ulama' & Para Wali Allah




Disusun oleh:
Ahmad Lutfi B Abdul Wahab Al-Idrisi Al-Linggi


Saya mengambil kesempatan disini untuk berkongsi bersama hasil kitab yang disusun oleh saudara Ahmad Lutfi B Abdul Wahab Al-Idrisi Al-Linggi yang amat bermakna buat saya untuk mengenali para Ulama' dan Wali Allah di muka bumi Mesir, bumi para Anbiya'.

Dikesempatan ini juga ingin saya berkongsi tulisannya hasil kajian demi kajian yang telah dilaksanakan. Hasil kitab ini sebenarnya untuk kita dapat mengenang perjuangan para Ulama' dan Auli'a serta keagungan Allah SWT yang terlalu besar nikmatnya. Perkongsian ilmu berdasarkan sejarah para Ulama' dan para Wali Allah merangsang tuan empunya diri ini akan betapa indahnya mereka semua yang telah banyak menaburkan jasa dan bakti terhadap agama Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW. Ini memungkin kita supaya mengenang langkah mereka yang berjuang dengan setulus jiwa dan ikhlas.

Seperti kata Syeikh Saiyydi Madi Abu A'zaim: Lapangkanlah waktu kamu untuk mengingati akan jasa-jasa ulama'-ulama' terdahulu.

Perlu kita ingatkan bahawa mengenali para Ulama' ini akan menambahkan kecintaan kita pada mereka. Maka dengan kecintaan inilah yang akan menghidupkan hati-hati mukmin sejati. Kecintaan pada mereka juga adalah berpautan dan saling bersangkutan dengan cinta kepada Rasulullah SAW. Hal ini kerana Rasulullah SAW telah menjelaskan:

Ulama' itu adalah pewaris nabi.

Allah SWT telah menjelaskan lagi,

Mereka itulah orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah, maka turutilah olehmu akan mereka.

Oleh kerana inilah, Imam Abu Hanifah RA sendiri lebih cenderung ke arah tersebut dan telah menggalakkan anak-anak muridnya dengan berkata:

Hikayat-hikayat tentang ulama' dan kebaikan-kebaikan mereka lebih aku sukai daripada banyak ilmu Fiqh kerana ia adalah adab ahli kaum Sufi.

Berkata Sufyan Ibn Uyainah RA:
"Ketika menyebut orang-orang soleh akan diturunkan rahmat."

Mencintai warisan para Nabi AS juga seumpama kita mengasihi mereka.

Imam Syafie RA pernah menjelaskan:

"Aku mencintai orang-orang soleh dan bukan aku sebahagian daripada mereka, Aku berharap agar mendapat syafaat kerana mereka."

Berkata Bekas Reaktor Universiti Al-Azhar As Syarif, Dr. Ahmad Umar Hashim: "Aku mendengar daripada Syeikhul Azhar Dr. Abdul Halim Mahmud RA berkata: "Aku suka membaca kisah-kisah ulama'-ulama' yang soleh."

Meniru sedikit sebanyak perilaku mereka serta beramal dengan amalan mereka supaya bertambah kekuatan agama, mujahadah dan kesabaran kita dalam menghadapi ujian dan mehnah daripada Allah SWT.

Sebahagian ulama' pernah mengungkapkan:

Hendaklah kalian menyerupai mereka sekalian tidak seperti mereka kerana menyerupai orang-orang yang mulia adalah merupakan suatu kejayaan.

Jadikanlah perjuangan Anbiya' dan Auli'a sebagai tauladan yang mesti dicontohi. Yakinlah bahawa hanya dengan bahtera Islam dan perjuangannya sahaja dapat membantu bagi menyelusuri jalan-jalan menuju keredhaan Ilahi.

Kekuatan yang dicari pada kisah para Anbiya' dan Auli'a. Itulah pusaka bernilai buat diri ini yang acapkali layu dalam mujahadah. Rasailah percikan semangat kental mereka dalam mengharungi tanda kasih kepada Allah SWT yang tiba saban detik dalam rupa penderitaan dan kegetiran. Percayalah, rasa sukar yang bertapak dihati akan berlalu dan digantikan dengan 1001 kelegaan dan azam baru.

Semoga kita digolongkan di dalam kumpulan kekasih-kekasih Allah SWT yang dilimpahi dengan rahmatNya dan mendapat nikmat balasan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

"Seseorang itu bersama dengan orang-orang yang dikasihinya."

Dipetik Doa Saiyid Ahmad Idris di dalam pengajiaannya:

"Ya Allah! Kurniakanlah kepada kami daripada keberkatan wali-waliMu dan jadikanlah kami dari kalangan orang-orang yang soleh sebaik-baik umat bagi sebaik-baik nabi dan pilihanMu, perkenankanlah permintaan kami Wahai Tuhan sekalian alam."

"Ya Allah! Rahmatilah ke atas penghulu kami Muhammad SAW dan ke atas keluarga Baginda SAW serta para sahabat dan juga sejahterakanlah mereka. Kurniakanlah kepada kami kemanisan iman terhadap apa yang didatangkan oleh Rasulullah SAW."

"Ya Allah! Jadikanlah segala perbuatan dan perkataan kami IKHLAS untuk menuntut keredhaanMu yang mulia dengan kehormatan Al-Qur'an Al-'Azim, Nabi yang mulia, sekalian sahabat dan hamba-hambaMu yang soleh."

Thursday, September 2, 2010

IMBAU KENANGAN ....

Dua dari kiri: Allahyarham Ust Wan Yusuff (Mudir) -Alfatihah

DAJ 6336


Ucapan Perasmian YAB TGNAA


Tahun 2001: Tingkatan 2 (الصف الثانى الاعدادى)
Bersama YAB TGNAA



CINTA UKHWAH FILLAH

Remaja dan cinta- dua perkara yang bagaikan sudah sebati. Rasa cinta bertandang di dalam jiwa tanpa diundang. Keinginan itu tidak payah dipelajari dan dicari. Lalu hati remaja sering berkata “ apakah salah kami bercinta?” ya..rasa cinta memang tak salah. Ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Namun, Allah tidak mengurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya. Peraturan inilah yang seringkali dilanggar. Disinilah remaja terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan Allah.

Mengapa perlu ada peraturan cinta? Jawabnya kerana Allah mencintai manusia. Allah ingin keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadi. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta terlarang akan membawa banyak implikasi negative dalam kehidupan.

CINTA MUJAHID MUDA

Kini muncul pula fenomena baru, ‘cinta ukhwah’ yang mula bertiup hebat di kalangan para remaja dakwah yang digelar ‘mujahid/mujahidah’ muda. Semoga persoalan yang dilontarkan cukup untuk membuka mata para mujahid muda dalam menafsir erti ukhwah fillah. Menurut seorang ustaz, istilah cinta ukhwah terbit hasil dari islamisasi perasaan cinta remaja yang dialami dan istilah ini jelas ditujukan buat para mujahid muda. Amat malang apabila melihat kesucian ukhwah itu dicemari oleh mereka yang bergelar mujahid muda. Keliru atau mengikut nafsu?

Tidak salah berukhwah tetapi para mujahid harus sedar, wujudnya hijab yang kuat dalam ukhuwwah antara seorang ar-rijal dan an-nisa’. Berhubung secara kerap atau boleh menimbulkan fitnah dan maksiat jelas dilarang dalam agama. Ingatlah mujahid muda, bahawa setiap yang haram itu adalah haram walau apa sekalipun. Cuma kita yang kadang-kadang cuba ‘menghalalkan’ dengan membuat alasan pelbagai itu dan ini.

Kesimpulannya hanyalah satu, bercintalah secara berilmu. Jangan rosakkan dunia intelektual Islam dengan suasana jelik penuh hipokrit. Jangan nanti ilmu hilang, cinta pun melayang. Bersabarlah sebentar atas nama ilmu. Jodoh tak ke mana. Yang akan ke mana adalah nilai diri dan kesan budaya intelektual di kalangan anda. Malulah dengan hati yang baik dan perasaan yang telah lama terdidik yang mungkin lebih tahu berbanding nafsu yang sering mengajak dan kita terus menurut. Jangan memangsakan ungkapan ukhwah fillah hanya untuk menutup niat lain kita. Semoga kita sentiasa dirahmati dan mendapat petunjuk Ilahi..

SEDARLAH WAHAI SAHABAT…



Monday, August 23, 2010

RiLEKS JAP .. JOM MASAK !!!


Ayam Goreng Berempah

Resepi ayam goreng berempah sudah ada dalam blog ini..Tapi untuk resepi ayam goreng berempah kali ini, saya menambah serbuk kari dan daun kari. Jadi bila goreng bertambah harum dgn aroma daun kari..

Bahan-bahan:

1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan
5 ulas bawang putih**
2 biji bawang besar**
1 inci halia**
5 batang serai**
1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)**
**ditumbuk atau dikisar kering
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng.
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap.
2. Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.

Ayam yang telah siap didaul dgn bahan kisar dan daun kari..

sumber: http://resepiraidah.blogspot.com

Sunday, August 22, 2010

Rahmat Sebalik Ujian


www.iLuvislam.com
Oleh: Zulyunus
Editor: Nazarudin Yaacob




Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan Al-Quran kepada hamba-Nya, yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kita, siapa di antara kita yang lebih baik amalnya. Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. Allah telah memuliakan manusia sebagai sebaik-baik ciptaan. Dia menghantar Rasul-Nya untuk mengeluarkan manusia daripada gelap gelita kepada cahaya terang benderang, menuju Tuhan. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu dengan tujuan dan bersebab.
Telah bertasbih kepada Allah apa saja yang ada di langit dan apa saja yang ada di bumi, dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Selawat dan salam buat Rasul junjungan, yang telah dihantar oleh Allah kepada Umat Manusia sebagai satu anugerah, membawa Rahmah ke seluruh pelosok alam. Demi Allah, sungguh tidak akan sesat orang yang berpegang pada tali agama Allah, menggigit Al-Quran dan Sunnah dengan gigi gerahamnya dan dia sama sekali tidak pernah mencari selainnya sebagai sesuatu yang lebih agung dan lebih utama.

Hidup ini adalah satu medan ujian. Dunia ini hanyalah sebuah persinggahan dan bukan destinasi. Sebuah perhentian dan bukan pengakhiran. Tanpa ujian, manusia takkan pernah terhantuk dan tengadah, bahkan akan terus lalai dengan dunianya sendiri yang penuh dengan angan-angan, hiasan syaitan. Ujian adalah satu bentuk interaksi antara Allah dan kita. Ujian membuatkan kita mendongak ke langit, menadah tangan memohon perhatian Tuhan. Kita selalu lupa, namun Allah tak pernah sekali-kali lalai daripada hamba-Nya.

Di hujung ujian ada Rahmat yang disediakan buat orang-orang yang berjaya, dan penyesalan buat orang-orang yang gagal. Jika kita tak pernah memahami atau cuba untuk mengerti hakikat ini, maka kita akan terus terkandas dalam ujian. Ujian demi ujian, keluhan demi keluhan, hidup terus berjalan dengan tertekan, tak pernah merasakan kenikmatan di sebalik ujian. Maka kita sangat perlu memahaminya, bahawa Rahmat Allah menanti di sebalik sesebuah ujian. Ujian itu takkan pernah hilang daripada papan cerita kehidupan ini.

Ujian membawa kita semakin dekat dengan pemberi ujian, mungkin juga sebaliknya. Ujian adalah lambang kasih sayang pencipta. Itu tanda Allah sentiasa mengambil berat dan tak pernah meninggalkan kita sendirian, kita bagaimana?




Ujian dan Iman

Firman Allah dalam surah Al-‘Ankabuut Ayat yang ke-2, ertinya:

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?”

Ayat ini menggambarkan kepada kita betapa iman itu berkait rapat dengan ujian. Kenikmatan iman itu dikecapi setelah kita berjaya melalui beberapa siri ujian yang telah ditetapkan oleh Allah. Semakin hebat ujian, semakin manis iman yang bakal kita rasai di penghujungnya, bagi orang-orang yang berjaya melaluinya. Jika kita gagal menempuhinya dengan baik, kita akan terus diberi peluang dan didatangkan lagi dengan ujian-ujian yang lain. Kita akan semakin tersasar jika kita terus menerus gagal dan tak belajar menjadi lebih baik. Allah itu begitu Maha Pengasih dan masih memberi ruang kepada kita belajar daripada ujian.

Firman Allah lagi dalam surah Al-‘Ankabuut Ayat yang ke-3, ertinya:

“Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

Iman itu memerlukan pembuktian. Seberat-berat ujian yang pernah kita alami, tak mungkin seberat Bilal Bin Rabah R.A. tatkala menampung batu besar di terik panas matahari padang pasir. Khabbab Bin ‘Arath R.A. begitu terseksa saat besi panas yang membara di atas kepalanya membakar dan menghanguskannya. Namun, mereka telah membuktikan keimanan mereka dan Allah mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang dusta. Di hujung penderitaan yang dialami generasi awal Islam itu, mereka mengakhiri kehidupan menuju alam abadi dengan penuh ketenangan.

Ujian itu adalah tempaan Allah buat orang-orang beriman. Pedang yang hebat takkan terbentuk jika tidak diketuk, dipanaskan dan ditempa dengan baik. Maka kita beruntung kerana Allah akan mengangkat darjat kita dengan ujian yang diturunkannya. Allah ingin memberikan berita gembira kepada kita jika kita bersabar atas ujian yang kita hadapi.

Lihatlah Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 155-156, ertinya:

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun (Kita milik Allah dan kepada-Nya kita dikembalikan)””

Ujian Pelbagai Bentuk

Tahap ujian yang ditimpakan oleh Allah kepada manusia itu berbeza-beza, berdasarkan kepada keimanannya. Bentuk ujian itu juga pelbagai. Ada orang diuji dengan wanita, yang lainnya dengan harta, anak-anak, kesusahan, kawan-kawan dan sebagainya. Bagi para pelajar, peperiksaan itu juga satu bentuk ujian. Hakikatnya, kehidupan ini sendiri keseluruhannya adalah medan ujian, akhirat nanti medan ganjaran.

Biar apa juga bentuk ujian yang kita alami, Rahmat Allah tetap akan mengiringi jika kita menghadapinya dengan penuh sabar dan pengharapan kepada Allah. Allah sangat-sangat suka jika hamba-Nya mengadu kepada-Nya, menitiskan air mata di balik tirai malam dan mengakui kelemahannya. Tidak dapat tidak, ujian itu harus dilalui dengan penuh pengharapan kepada pertolongan Allah, kebergantungan yang sepenuhnya kepada pemilik diri kita. Jika tidak, kita akan buntu mencari jalan, kerana hanya Dia penunjuk jalan.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 153, ertinya:

“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan Solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”

Ayat ini begitu dalam maknanya bagi orang-orang yang ingin memahami, dan begitu berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’. Sabar dan Solat itu kunci dalam memohon pertolongan Allah. Sampai bila kita harus bersabar? Sampai Allah memberikan pertolongan. Selagi kita diuji, selagi itulah kita bersabar.

Rasulullah adalah orang yang paling hebat kesabarannya bahkan paling besar ujiannya. Dan baginda jugalah yang paling mulia di sisi Allah di kalangan seluruh Umat manusia. Maka ujian itu sememangnya menuntut kesabaran, dan kesabaran akan mengangkat darjat seorang manusia.

“Dari Abu Hurairah R.A., ada seorang lelaki berkata kepada Nabi S.A.W., “Berilah aku wasiat.” Rasulullah S.A.W. bersabda, “Jangan marah!” Beliau mengulang-ulang beberapa kali ucapan, “Jangan marah!” (HR Bukhari)

Kesimpulannya, ujian itu pasti. Pergantungan kepada Allahlah yang akan membuatkan kita tenang menghadapinya. Mungkin kita sudah puas membaca, sekarang mari kita sama-sama merasa. Wallahua’lam.

LELAKI PALING HENSEM


KENALI NABI MUHAMMAD SAW SECARA LAHIRIAH

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan orang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.
- Aku melihat cahaya dari lidahnya..
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali
melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih
seperti perak sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir
rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn
cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga
tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan
lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :

Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Semulia-mulia insan di dunia...

> Sekadar ingatan...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah
malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa baarik wa sallim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

email from: Kak Cti

Friday, August 20, 2010

CATATAN KEMBARA

Di dataran persada ini
Tersusun langkah seorang pengembara
Menjejak badai fatamorgana
Mencari sinar di hujung senja
Mengharap nusrah rabbi Yang Esa

Gelojak hati si pengembara
Ke mana menyusur arah tujuan
Terus didakap kealpaan
Dek pukauan warna-warni dunia

Terlupakah lambaian panji perjuangan
Merombak hancur durjana kekejaman
Mengembali pentas kemanusiaan
Inilah hakikat ...
Pasri dinobatkan

Nyanyian unggas selimuti kesunyian
Termangu pengembara sendirian
Sejadah usang bukti penyaksian
Perhitungan diri di pertiga malam
Titisan air mata lukisan keinsafan
PadaMu Tuhan ...
Pengabdian diri ...
Dipersembahkan ...


Nukilan rasa, from shohabat Cairo

Sunday, August 8, 2010

TAWARAN TERHEBAT HANYA DI RAMADHAN AL-MUBARAK !!!

JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI, SELAGI NYAWA DIKANDUNG BADAN

Friday, August 6, 2010

PERSIAPAN MENGHADAPI RAMADHAN

Salam Sejahtera & Salam Ukhuwwah fillah

Tidak lama lagi, kita akan didatangi tetamu agung yang ditunggu-tunggu selama 11 bulan lamanya. Tetamu itu adalah bulah Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh dengan keberkatan. Didalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang dipenuhi dengan kerahmatan, keampunan dan pembebasan dari api neraka. Bulan yang dirindukan kedatangannya dan ditangisi kepergiannya oleh orang-orang yang soleh.

Pada bulan inilah kaum muslimin akan melakukan pengembaraan rohani dengan mengekang hawa nafsu syahwat dan mengisi ruang waktu dengan amal-amal soleh. Kesemuanya bermatlamatkan untuk mendapatkan ketaqwaan sebagai sebaik-baik bekalan untuk menemuiNya nanti. Untuk mencapai tujuan tersebut,kita perlu melengkapkan diri dengan beberapa persediaan supaya kedatangan Ramadhan dapat diisi dengan sebaik-baiknya.

Perancangan Sambutan Ramadhan

1) Merencanakan Peningkatan Prestasi Ibadah (Syahrul 'Ibadah)

Ibadah Ramadhan dari tahun ke tahun seharusnya meningkat. Tahun ini sepatutnya lebih baik dari tahun lepas. Ibadah Ramadhan yang bakal kita lakukan seharusnya lebih berkualiti dan memberikan impak yang positif. Di antara bentuk-bentuk peningkatan amal Ibadah seseorang muslim di bulan Ramadhan adalah penambahan kuantiti dan kualiti tilawah al-Qur'an, hafalan, pemahaman dan pengamalannya.

Peningkatan dalam aktiviti sosial seperti infak, memberi makan kepada jiran tetangga dan fakir-miskin (moreh@ majlis brbuka puasa), santunan terhadap anak yatim, bantuan kewangan terhadap para pelajar yang memerlukan dan sebagainya. Kita juga boleh merancang untuk mengurangi pola hidup kepenggunaan yang melampau dan membazir dan memantapkan tekad untuk menyokong dan membantu usahawan muslim dengan membeli barangan untuk keperluan atau menggunakan perkhidmatan mereka.

2) Menjadikan Ramadhan sebagai Syahrul Taubah (Bulan Taubat)

Bulan Ramadhan adalah bulan di mana syaitan dibelenggu, hawa nafsu diikat, pintu neraka ditutup dan pintu syurga dibuka. Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling afdal untuk bertaubat dan memulakan hidup baru dengan langkah-langkah yang lebih Islami. Taubat bererti meninggalkan kemaksiatan, dosa dan kesalahan serta kembali kepada fitrah kebenaran. Atau kembalinya hamba kepada Allah SWT, meninggalkan jalan orang yang dimurkai dan jalan orang yang sesat.

Oleh kerana itu, pada bulan Ramadhan, umat Islam seharusnya memperbanyakkan istighfar, mengakui kesalahan dan meminta maaf terutama kepada sesama mereka serta mengembalikan hak-hak mereka. Taubat dan istighfar menjadi syarat utama untuk mendapat keampunan dan kerahmatan Tuhan.

3) Menjadikan bulan Ramadhan sebagai Syahrul Tarbiyah & Da'wah

Bulan Ramadhan harus dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh para dai'e dan ulama untuk melakukan da'wah dan tarbiyah. Mereka pastinya melipatgandakan usaha melakukan gerakan reformasi (harakatul Islah) dan memperkasakan ukhuwwah Islamiyah sesama muslim dan insan.

Mereka juga berusaha gigih meningkatkan kepekaan masyarakat untuk menolak sebarang bentuk kezaliman dan kemaksiatan, menyebarkan syiar Islam dan meramaikan masjid dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat, seperti menunaikan solat sunat tarawih, ta'alim/usrah, menadah kitab, diskusi dan kuliah serta ceramah sehinggalah tercapainya perubahan-perubahan yang bermakna dalam pelbagai bidang kehidupan. Ramadhan bukan bulan istirehat yang menyebabkan mesin-mesin kebaikan berhenti bekerja, bahkan momentum tahunan terbesar untuk segala jenis kebaikan. Dan dominasai kebaikan bukan hanya di bulan Ramadhan, tetapi juga di luar Ramadhan.

4) Menjadikan Ramadhan Sebagai Syahrul Muhasabah (Bulan Evaluasi)

Dan terakhir, semua ibadah Ramadhan yang telah dilakukan tidak boleh terlepas dari muhasabah atau evaluasi, Muhasabah terhadap langkah-langkah yang telah kita lakukan dengan sentiasa menajamkan mata hati (bashirah), sehingga kita tidak menjadi orang/kelompok lain. Semoga Allah SWT menerima puasa yang bakal kita laksanakan dan mudah-mudahan peringatan ini dapat membangkitkan semangat beribadah kita sekalian sehingga terbuka peluang bagi mewujudkan sebuah negeri dan negara yang lebih berkat, lebih aman, lebih adil dan sejahtera.

BEBERAPA TIPS PILIHAN SEBELUM MENGHADAPI RAMADHAN

1. Banyakkan berpuasa di bulan Sya'ban. Adalah menjadi sunnah Nabi S.A.W memperbanyakkan berpuasa di bulan Sya'ban.

2. Mengulangkaji ilmu tentang puasa. Untuk mencapai puasa yang sempurna, kita hendaklah memiliki ilmu tentang bagaimana melaksanakan puasa yang sebenarnya sebagaimana yang dituntut oleh syara'. Antara perkara yang perlu diulangkaji ialah:

a) Rukun-rukun puasa serta sunat-sunatnya.

b) Perkara-perkara yang membatalkan puasa.

c) Perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa.

d) Dan segala yang berkaitan dengan ibadah puasa.

3. Membaca kembali hadith-hadith Nabi SAW tentang fadhilat (kelebihan) puasa dan bulan Ramadhan.

4. Mengetahui amalan-amalan utama di bulan Ramadhan. Dengan mengetahui amal-amal ibadah atau amal-amal kebajikan yang amat digalakkan oleh Allah SWT dalam bulan Ramadhan di mana ganjarannya amat besar dan berlipat kali ganda, kita akan jadi lebih bersemangat dan berstamina tinggi untuk melaksanakan amalan-amalan tersebut dengan sebaik mungkin.

5. Memahami matlamat tertinggi dalam peribadatan puasa adalah taqwa. Taqwa terpancar dalam keperibadian diri yang konsisten dan berterusan sepanjang dan selepas bulan Ramadhan.


Monday, August 2, 2010

Keajaiban Hati oleh IMAM GHAZALI




Siri 2: Balatentera HATI

Tuhan berfirman:

وَمَا يَعْلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلاَّ هُوَ

"Dan tidak ada yang mengetahui akan balatentera Tuhanmu kecuali hanya Dia."
(al-Muddtasir: 31)


Allah mempunyai balatentera yang dikerahkan dan pasukan-pasukan pada hati, roh dan seluruh alam yang lain, yang mana hakikat dan perincian bilangannya tak seorang pun mengetahui, kecuali hanya Allah (sendiri).

Dalam hati ada dua pasukan: Sepasukan dapat dilihat dengan matakepala dan sepasukan lagi hanya dapat dilihat dengan bashirah (kebijaksanaan hati) dan kecekatan.

Jadi seolah-olah hati itu sebagai raja dan pasukan-pasukan itu sebagai ajudan dan pelayan-pelayannya. Inilah erti pasukan.




Siri 3: Pasukan Yang Tampak

Pasukan hati yang tampak oleh matakepala kita ialah: tangan, kaki, mata, telinga, lidah (mulut) dan semua anggota-anggota luar dan dalam. Kesemuanya itu meladeni hati dan tunduk kepadanya.

Semua anggota-anggota itu telah bernaluri untuk tunduk pada hati, ia tak bisa menyeleweng dan berkeras kepala. Apabila mata itu diperintah oleh hati untuk terbuka, maka terbukalah ia. Dan apabila sang kaki disuruh bergerak, bergeraklah dia. Begitu pula lidah (lisan) apabila ia disuruh bicara dan pasti apa yang akan dibicarakannya, maka berbicaralah ia.

Demikian pulalah pembawaan dan naluri seluruh anggota-anggota yang lain. Kepatuhan anggota-anggota dan indera-indera kepada hati, dari satu segi menyerupai kepatuhan dan ketaatan para Malaikat kepada Allah Ta'ala, sebab mereka itu memang diberi bakat untuk berbakti, mereka tak bisa mengadakan penyelewengan kepada Tuhan, mereka tak pernah memungkiri segala apa saja yang diperintahkan Tuhan kepada mereka. Segala perintah itu selalu mereka kerjakan.


لا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

"Mereka tiada menderhakai Tuhan terhadap segala yang diperintahkan Tuhan kepada mereka, dan sentiasa melaksanakan apa yang diperintahkan ke atas mereka." (at-Tahrim : 6)

Hanya ada satu segi yang membedakan antara ketaatan Malaikat dan anggota tadi. Malaikat tahu akan ketaatan dan kepatuhan mereka kepada Allah. tetapi sekelompok mata hanya taat dan tunduk pada hati dengan dasar taskhir atau boleh disebut berbuat paksa dan eksploitasi, ia tidak mendapatkan pengalaman, baik dari dirinya atau daripada kepatuhannya terhadap hati.

Kebutuhan hati akan pasukan-pasukan itu sama dengan kebutuhan hati terhadap kenderaan dan bekal untuk perjalanannya yang menjadi tugasnya, iaitu perjalanan kepada Allah dengan menempuh face-face untuk bertemu Dia. Dan memang untuk itulah si Hati dijadikan.
Firman Allah:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإِنسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُونِ

"Dan tidaklah Aku menjadikan jin dan manusia, kecuali hanya untuk berbakti kepadaKu." (az-Zariat: 56)

Yang dimaksudkan dengan kenderaan hati ialah badan dan bekanya ialah ilmu. Adapun cara menjadikan ilmu itu sebagai bekal dan kemungkinannya berbekal dengannya ialah dengan melakukan amalan-amalan yang soleh. Tidak mungkin seorang hamba Allah akan sampai kepada Tuhannya sebelum badannya tenang (mati) dan sebelum melampaui dunia atau meninggalkannya. Sebab tempat yang lebih dekat ini harus ditempuh dan ditinggalkan, guna mencapai tempat yang lebih jauh.

Dunia adalah sebagai ladang bagi akhirat.
Dunia ialah salah satu dari tempat-tempat mendapatkan petunjuk, ia disebut dunia, kerana ialah yang paling dekat di antara dua tempat (dunia + akhirat). Oleh sebab itu manusia harus mengambil bekal dari alam dunia ini.

Badan ialah kenderaan yang membawa hati ke dunia ini, maka dari itu, badan itu perlu dipelihara dan dilindungi. Caranya ialah dengan mengisi badan dengan makanan-makanan dan lain-lain lagi, yang sesuai dan berguna dan menolak segala hal yang menyebabkan binasanya badan.

Untuk mengisikan makanan itu dibutuhkan dua pasukan, iaitu:
a) pasukan batin yang berupa syahwat
b) pasukan lahir yang berupa tangan dan semua anggota-anggota yang ikut mendatangkan makanan itu.

Oleh sebab itulah, Allah menjadikan syahwat yang menghajatkan makanan itu dalam hati dan menjadikan anggota-anggota sebagai alat syahwat itu.

Begitu pula, guna menolak hal-hal yang membinasakan badan, diperlukan pula dua pasukan:
a) pasukan batin, yang berupa amarah. Yang berguna untuk menangkis segala bahaya dan menentang segala macam musuh.
b) pasukan lahir, berupa tangan, kaki dan sebagainya yang dapat dipergunakan untuk bertindak sepanjang kemahuan amarah tadi.

Jadi anggota-anggota badan itu seperti senjata dan perkakas-perkakas lahir yang lain. Orang yang menghajatkan makanan, selama ia tidak mengenal makanan itu, tak bergunalah syahwatnya terhadap makanan dan kesukaannya terhadapnya. Maka untuk mengenal makanan itu diperlukan adanya dua pasukan pula, iaitu:
a) pasukan batin, iaitu: tangkapan pendengaran, penglihatan, penciuman, rabaan kulit dan pengecapan lidah.
b) pasukan lahir, iaitu: mata, telinga, hidung dan sebagainya.

Pada "Kitab asy-syukur", penulis telah menghuraikan sebahagian daripadanya, maka sudilah kiranya pembaca puas dengan huraian itu shj.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...