Monday, January 31, 2011

CARA MENGHINDARI TEKANAN


Setiap orang adalah unik dan kita menggunakan pelbagai cara berbeza untuk menangani tekanan. Ini termasuk mengelak daripada perkara yang boleh mewujudkan tekanan itu sendiri selain berusaha untuk mengatasinya. Antara langkah yang boleh dilakukan ketika anda berasa tertekan ialah:

1. Bersikap realistik

Bersikap realistik boleh mengurangkan kesan tekanan. Jika kita mempunyai harapan yang tidak realistic terhadap sesuatu keadaan (contoh: anak sudah menyiapkan kerja rumah ketika anda pulang dari kerja) anda akan menjadi kecewa apabila apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Jika anda menerima hakikat bahawa tidak semua perkara dapat dilakukan dengan sempurna, ia akan membantu anda menangani tekanan dengan lebih baik.

2. Berfikiran positif

Jika anda dapati diri anda berfikiran negative, ia sememangnya lumrah. Ini boleh menjejaskan keyakinan anda ketika berbuat sesuatu. Anda akan berasa tertekan jika ia terus menerus berlaku. Fikiran negative adalah satu tabiat tidak baik yang terbentuk dalam diri kita sejak bertahun lamanya.

Belajar berfikir dengan cara lebih positif mengenai diri anda akan membantu mengurangkan tekanan.

3. Usah hindari masalah, selesaikan !

Jika anda hanya berfikir saja mengenai masalah yang wujud tetapi tidak berbuat apa-apa mengenainya, keadaan akan menjadi lebih buruk. Tumpukan pada penyelesaiannya. Berikut adalah beberapa langkah dan soalan yang perlu anda tanya kepada diri sendiri ketika cuba menyelesaikan masalah:

· Apakah masalah yang berlaku?

· Apakah keputusan saya?

· Apa yang saya mahukan?

· Apakah yang boleh saya lakukan?

· Adakah penyelesaiannya berhasil?

· Apakah kemungkinan yang bakal terjadi?

· Mari cuba cari jalan penyelesaian

4. Luahkan perasaan anda

Anda mungkin cuba mengelak konflik atau rasa tidak puas hati dengan sikap membisu. Adalah penting untuk anda meluahkan apa yang anda rasa. Jika anda tidak berbuat demikian, orang lain mungkin akan cuba membaca fikiran anda dan kemudian membuat keputusan untuk anda. Meluahkan masalah dan konflik yang anda alami akan mengurangkan tekanan yang menjadi punca ledakan kemarahan.

5. Urus masa anda

Mengurus masa secara berkesan bukan saja bererti mengurus kerjaya dan rumah tangga. Ia termasuk memberi masa untuk bergaul dengan rakan, hobi atau beristirehat. Buat jadual untuk melihat bagaimana anda menguruskan masa

· Pastikan jadual anda mudah diubah suai

· Mulakan dengan mencatatkan semua komitmen anda terhadap keluarga, kerja, aktiviti sosial dan istirehat.

· Rangka satu jadual mudah yang boleh memberi anda masa menghabiskan pelbagai kerja dan kegiatan setiap hari.

· Cuba beri sedikit masa rehat selepas sesuatu aktiviti

· Di tempat kerja anda pula, gunakan jadual syarikat atau pejabat untuk mencatatkan projek yang perlu dilakukan.

· Mulakan dengan projek yang paling mendapat keutamaan.

· Mulakan kerja ketika badan masih segar.

· Sediakan jadual waktu yang mudah.

6. Amalkan tabiat makanan yang sihat

Keupayaan anda menghadapi tekanan juga bergantung kepada tahap kesihatan anda. Berikut adalah garis panduan ke arah amalan makan yang sihat.

· Makan pelbagai jenis makanan setiap hari

· Kurangkan pengambilan garam dan gula

· Kurangkan pengambilan lemak

· Hindari alcohol

· Makan lebih buah-buahan, sayur-sayuran, roti dan bijirin.

7. Rehatkan otot anda

Sengal dan sakit otot adalah tanda utama bahawa anda mengalami ketegangan. Senaman yang tetap dan berterusan pula merupakan satu cara untuk melegakan sakit otot.

8. Lakukan senaman berterusan

Senaman berterusan membolehkan anda tidur lena selain mengurangkan ketegangan dan kelesuan. Ia juga merehatkan tubuh dan memberi peluang kepada anda untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan selepas masa kerja.

9. Sentiasa berhubung dengan rakan-rakan

Tidak mempunyai teman untuk berbicara ketika anda sedang berdukacita, sememangnya sesuatu yang menyedihkan. Ketika menghadapi krisis, kehadiran rakan yang bersedia mendengar akan membantu mengurangkan penderitaan dan memberi kelegaan.

MENANGANI TEKANAN DAN KONFLIK


Apakah yang dikatakan tekanan?

Tekanan berlaku apabila anda terpaksa bertindak balas terhadap perkara yang dipertanggungjawabkan terhadap anda. Ia mungkin tekanan jangka pendek, mungkin juga jangka panjang.

Antara tekanan jangka pendek termasuk ketika menduduki peperiksaan,memenuhi tempoh masa menyiapkan kerja, menonton cerita seram, meminta temu janji dan menaiki roller coaster. Dalam situasi yang berbeza, perpisahan dengan orang tersayang, menunggu dalam kesesakan lalu lintas setiap hari, keadaan rumah tangga dan kerja yang tidak selesa adalah bentuk tekanan jangka panjang.

Pendedahan terlalu lama terhadap tekanan jangka panjang boleh mengakibatkan pelbagai gejala emosi dan fizikal.


Bagaimana rasanya?

Secara fizikalnya, anda mungkin menggeletar, rasa tegang, loya, berpeluh, keletihan dan degupan jantung menjadi kencang. Anda juga berasa sengal dan sakit (contoh: pening). Dari segi emosi, anda sukar memberi tumpuan, rasa tidak gembira, menjadi pemarah dan mudah mengalah dalam segala hal. Pendedahan berterusan terhadap keadaan yang menyebabkan ketegangan boleh melemahkan sistem ketahanan badan dan akhirnya mengakibatkan penyakit seperti ulser, penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan pening kepala yang kuat. Pada peringkat teruk ia juga boleh menyebabakan rasa putus asa.

Kebanyakan orang menganggap tekanan sebagai sesuatu yang buruk. Namun, sedikit tekanan adalah baik kerana ia memberi motivasi dan memastikan kita sentiasa berusaha. Tekanan menjadi tidak terkawal apabila ia mula mengganggu kehidupan harian anda.


Apakah punca ketegangan?

Puncanya boleh bermula daripada ciri keperibadian (contoh: penampilan, cara mengendalikan sesuatu) hingga kepada faktor persekitaran (contoh: kerja, rumah tangga, pengurusan masa, sokongan social, rakan dan amalan pemakanan tidak sihat).

Faktor personality juga mempengaruhi cara anda menangani tekanan. Seorang yang optimis dan berkeyakinan biasanya kurang mengalami tekanan berbanding mereka yang pesimis dan kurang berkeyakinan. Tekanan juga boleh berpunca daripada pengurusan masa yang tidak sempurna dan kegagalan meluahkan perasaan. Ketiadaan rakan atau seseorang untuk berbicara boleh menyebabkan tekanan menjadi lebih teruk. Dalam jangka panjang tekanan yang berterusan boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Penyakit paling lumrah yang dikaitkan dengan tekanan ialah penyakit jantung. Penyakit lain termasuk kencing manis, peningkatan kolesterol darah, tekanan darah tinggi dan masalah kulit.

Wednesday, January 5, 2011

Kita Adalah Pengembara


Alhamdulillah 'Kembara Kehidupan' menuju ke musim baru sempena tahun baru hijrah 1432 H dan juga tahun baru 2011 M. Kesempatan kali ini, Kembara Kehidupan mengucapkan 'ahlan wasahlan' buat sahabat2 dan sohabiah, teman-teman, dan rakan-rakan seperjuangan di mana sahaja berada, semoga berada dalam keadaan redha & rahmatNYA.

Kembara Kehidupan kali ini juga mengucapkan selamat tinggal untuk tahun 2010. Tercatat banyak pahit manis kehidupan yang dilalui memberikan 1001 makna kehidupan untuk kita mengorak langkah terus kehadapan. InsyaAllah mudah-mudahan kita semua mendapat naungan keberkatan dariNYA.

Suka atau tidak,minat atau tak minat,kita terpaksa mengakui bahawa kita ini hanyalah seorang pengembara.Resah, bahagia, sakit-hati, benci, irihati dan entah apa-apa lagi, adalah rencah dan permainannya. Miskin, kaya, papa, gagal, berjaya..itulah kita,kerana kita adalah watak yang sedang kita lakonkan mengikut skrip yang ditetapkan,dan kita tak punya pilihan sebenarnya.Kesempurnaan adalah bahagia mengikut persepsi dan kefahaman individu tentang wataknya.

Kita pilih apa yang kita mahu,hidup terus atau bunuh diri.Itulah pilihan kita.Ketidakadilan Tuhan sebab mengapa ada orang baik,ada orang jahat,ada orang macam baik tapi jahat,dan ada orang macam jahat tapi baik?Dan, ketidakbenaran begitu bermaharajalela memainkan peranan dalam mencorak isi cerita dimukabumi ini sejak adanya habil dan Qabil.

Ya,kalau itu mengikut logik hukum akal,boleh saja jika kita mahu memaki Tuhan atas sebab yang kita rasa perlu,sebab benci dan menyampah juga adalah sebahagian rasa dan nikmat cinta pada Tuhan yang tak berpenghujung.Ianya akan tetap kekal misteri sehingga kita mengadapNYA.

Untuk aku,aku sedang memahami apa yang sedang aku lalui.Solutionnya memang tidak ada jika kamu bertanya aku tentang cerita-cerita kartun tentang dunia hari ini.Seperti kata Fanky Sahilatua dalam lagunya..”aku heran,aku heran yang salah dipertahankan,aku heran..aku heran…yang benar disingkirkan…”

Sebagaimana Ibnu Umar r.a berkata, suatu hari Rasulullah telah menepuk bahunya dan bersabda; “Jadilah engkau didunia ini seolah-olah berdagang dinegeri orang atau sebagai orang yang melintasi jalan”.

Dan sebagai pengembara, yang paling penting adalah sampai ke destinasi yang menjanjikan kejayaan buat selama-lamanya dipenghujung jalan, semoga Allah membimbing kita ke arah itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...