Siri 1 - Pengertian al-Qalbu, ar-Ruhu, an-Nafsu dan al-'Aqlu
Hendaklah anda ketahui bahawa kata-kata atau nama-nama ini akan digunakan dalam bab-bab ini. Para jempolan ulama tidak banyak yang mendalami tempat nama-nama ini, juga perbedaan ertinya (maknanya), batas-batasnya dan apa-apa yang sebenarnya diteliti oleh nama-nama itu. Banyak kesalahan-kesalahan diperbuat orang, disebabkan oleh kebodohan dan ketidakmengertian akan erti keempat nama-nama tadi, juga ketidakmengertian bahawa nama-nama itu mempunyai erti bukan hanya satu saja.
Di sini penulis hanya akan menjelaskan hal-hal yang bertalian dengan tujuan pembahasan kami saja.
Pertama: AL-QALBU (hati)
Kata-kata al-Qalbu ini mempunyai dua pengertian:
1. Al-Qalbu (hati jantung) ialah segumpal daging yang berbentuk bulat panjang dan terletak di dada sebelah kiri, iaitu segumpal daging yang mempunyai tugas tertentu yang di dalamnya ada rongga-rongga yang mengandungi darah hitam sebagai sumber ROH.
Di sini penulis bukan akan membahas bentuk dan perihalnya al-Qalbu (hati), kerana hal itu termasuk bidang kedoktoran dan tidak ada sangkut-pautnya dengan bidang keagamaan. Jadi kalau pada kitab ini penulis menyebutkan kata al-Qalbu (hati), maksud kami bukan sepotong daging yang tak berharga itu yang termasuk dalam alam nyata yang dapat ditangkap oleh indera mata binatang apalagi manusia.
2. Al-Qalbu (hati) dalam erti yang halus bersifat ketuhanan dan Rohaniah yang ad hubungannya dengan hati jasmani tadi.
Hati dalam erti kata kedua ini adalah hakikat manusia yang dapat menangkap segala pengertian, berpengetahuan dan arif, iaitu manusia yang menjadi sasaran dari segala perintah dan larangan Tuhan, yang akan diseksa, dicela dan dituntut segala amal perbuatannya.
Hati dalam erti kedua ini (seperti telah penulis katakan tadi) ada hubungan dan pertautannya dengan hati jasmani. Hanya untuk mengetahui dimana segi perhubungan antara hati Rohani dan hati Jasmani itu kadang-kadang kebanyakan orang menjadi bingung olehnya, sebab pertalian kedua hati itu begitu eratnya, seperti pertalian antara sifat dengan jisim yang disifati atau seperti hubungan benda yang digunakan sebagai perkakas (alat) dengan perkakasnya atau seperti pertalian orang atau benda yang telah berurat-berakar di suatu tempat dengan tempatnya.
Penulis sangat berhati-hati mengupas hal itu disebabkan oleh dua hal:
a. bahawasnya al-Qalbu (hati) dalam erti kedua itu berhubung erat dengan ilmu mukasyafah (ilmu yang didapati semata-mata dengan ilham Allah, tanpa belajar). Sedangkan ilmu yang sedemikian bukan tujuan kami dalam kitab ini, melainkan ilmu mu'amalah (ilmu yang didapati dengan cara yang lumrah dan biasa).
b. mendalami hakikat hati dalam erti kedua itu mengharuskan terbukanya rahsia Roh. Hal ini termasuk persoalan yang tak pernah dikatakan oleh Rasulullah S.A.W, maka bagi selain Rasul tentu tidak berhak memperbincangkan soal ini.
Walhasil apabila dalam kitab ini kami mengatakan "al-Qalbu" maka yang kami kehendaki ialah "hati dalam erti kedua" iaitu hati yang bersifat halus (metafisic) bersifat ketuhanan dan rohaniah.
Lagi pula tujuan penulis hanya membicarakan sifat-sifatnya dan hal ehwalnya, bukan memperbincangkan hakikat pada zatnya, sebab ilmu mu'amalah hanya mengenal sifat-sifatnya dan hal ehwal bukan hakikat.
Kedua: AR-RUHU (roh)
Kata-kata Roh ini juga digunakan untuk sesuatu yang berhubungan dengan jenis yang kami tujukan kepada dua makna:
1. Roh ialah jenis yang halus bersumber dari rongga hati jasmani, dengan perantaraan otot-otot dan urat-urat yang bermacam-macam, ia tersebar ke seluruh bahagian badan. Perjalanan Roh dalam badan dan limpahan cahaya-cahaya hidup yang berupa perasaa, penglihatan, pendengaran dan penciuman itu menyerupai limpahan cahaya dari sebuah lampu yang mengelilingi sudut-sudut rumah, sehingga tak satu bahagian rumah pun yang tertimpa cahaya tidak menjadi terang.
"Hidup" itu seumpama cahaya yang terdapat pada dinding-dinding dan "Roh" itu semisal lampunya. Perjalanan Roh itu dan geraknya dalam batin, seperti geraknya lampu pada sisi-sisi rumah dengan digerakkan oleh penggeraknya.
Roh dalam erti demikianlah yang dikehendaki oleh para doktor, iaitu, wap yang halus yang terjadi kerana pemasakkan oleh panasnya hati. Bukanlah tujuan penulis untuk menjelaskan hal ini, kerana hal ini menyangkut bidang kerja para doktor bertugas mengubati tubuh lahir. Adapun yang menjadi objek kerja doktor agama yang bertugas mengubati hati untuk dihantar ke hadrat Allah Rabbul Alamin tidak mempunyai hubungan sama sekali dengan huraian Roh dalam erti pertama ini.
2. Roh ialah suatu sifat halus pada manusia yang dapat mengetahui segala sesuatu dan dapat menangkap segala pengertian.
Hal ini telah penulis jelaskan pada salah satu dari beberapa erti kata-kata "hati".
Roh dalam erti kedua ini termasuk urusan yang pelik dan bersifat ketuhanan, dimana sebahagian besar akal dan faham manusia tidak sanggup mendapatkan hakikat Roh ini.
Ketiga: AN-NAFSU (nafsu)
Kata-kata Nafsu ini juga mempunyai beberapa makna. Di antaranya ada dua makna yang bertalian tujuan dengan pembicaraan penulis:
1. Nafsu yang menjadi tempat tumpukan kekuatan sifat marah dan syahwat pada manusia yang kelak akan penulis huraikan.
Nafsu dalam erti inilah yang lazim digunakan oleh ahli Tasauf. Mereka menyatakan bahawasanya Nafsu itu pusat tempat tertumpuknya sifat-sifat yang tercela pada manusia, kerana itu kata-kata mereka: Nafsu itu harus dilawan dan ditundukkan. Mereka berpegang pada sabda Nabi S.A.W

قل الروح من أمرربي
"Katakanlah (wahai Muhammad), bahawa Roh itu termasuk urusan Tuhanku."
Roh dalam erti kedua ini termasuk urusan yang pelik dan bersifat ketuhanan, dimana sebahagian besar akal dan faham manusia tidak sanggup mendapatkan hakikat Roh ini.
Ketiga: AN-NAFSU (nafsu)
Kata-kata Nafsu ini juga mempunyai beberapa makna. Di antaranya ada dua makna yang bertalian tujuan dengan pembicaraan penulis:
1. Nafsu yang menjadi tempat tumpukan kekuatan sifat marah dan syahwat pada manusia yang kelak akan penulis huraikan.
Nafsu dalam erti inilah yang lazim digunakan oleh ahli Tasauf. Mereka menyatakan bahawasanya Nafsu itu pusat tempat tertumpuknya sifat-sifat yang tercela pada manusia, kerana itu kata-kata mereka: Nafsu itu harus dilawan dan ditundukkan. Mereka berpegang pada sabda Nabi S.A.W
أعدى عدوك نفسك التى بين جنبيك
"Musuhmu yang paling perlu kau lawan ialah Nafsu yang ada dalam tubuhmu".

2. Nafsu dalam erti yang halus, yang telah penulis sebutkan, iaitu: manusia dengan hakikat kemanusiaannya. Itulah peribadi dan zat manusia.
Nafsu dalam erti kata kedua ini mempunyai sifat yang beraneka sesuai dengan keadaannya. Apabila Nafsu ini telah menjadi tenang pada suatu hal dan bisa terhindar dari kegoncangan dan keraguan yang disebabkan oleh tentangan beraneka syahwat, maka nafsu yang sedemikian disebut: NAFSU MUTHMAINNAH (nafsu yang tenang), sebagaimana firman Allah:
"Hai Nafsu yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan gembira dan menggembirakan." (al-Fajr: 27-28)
Nafsu dalam erti pertama, tak ada gambaran akan kembali kepada Tuhan, malahan ia menjauhi Tuhan dan masuk dalam partai Syaitan. Apabila ketenangan Nafsu itu tidak dapat saksama dan sempurna, malahan selalu menentang dan melawan Nafsu syahwat maka Nafsu yang demikian disebut: NAFSU LAWWAAMAH (nafsu pencela), sebab ia selalu mencaci manusia yang punya nafsu itu, ketika ia teledor dan lalai berbakti kepada Tuhannya, Allah berfirman:
وَلا أُقْسِمُ بِالنَّفْسِ اللَّوَّامَةِ (2)
"Dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat mencela (kejahatan)." (al-Qiamah: 2)
Apabila Nafsu telah melepaskan diri dari tentangan dan tidak mahu menentang, bahkan menyerah dan patuh kepada kemahuan syahwat dan ajakan-ajakan syaitan, maka nafsu yang sudah demikian disebut: NAFSU AMMAARAH BISSU' (nafsu penyeru kejahatan). Dalam mengkisahkan Nabi Yusuf a.s. dengan isteri seorang raja, Allah berfirman;
وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي إِنَّ النَّفْسَ لأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلاَّ مَا رَحِمَ رَبِّي إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَحِيمٌ (53)
"Dan Aku tidak akan membiarkan Nafsuku, bahawasanya Nafsu itu senantiasa menyuruh berbuat jahat." (Yusuf: 53)
Boleh juga dikatakan bahawa yangdimaksudkan dengan Ammaarah Bissu' itu ialah nafsu dengan erti yang pertama, maka dari itulah Nafsu dengan erti yang pertama itu sangat tercela. Dan Nafsu dengan erti kedua itulah yang terpuji, sebab ialah peribadi dan zat manusia dan ialah hakikat manusia yang mengetahui tentang Allah dan segala pengetahuan.
Keempat:AL-'AQLU(akal)
Kata-kata Akal ini juga mempunyai beberapa makna dan erti yang bermacam-macam yang telah penulis sebutkan dalam kitab AL-ILMU.
Sebenarnya ilmu itu hanya sifat yang tidak mungkin kita gambarkan, bahawa ia itu makhluk pertama,, sebab sifat itu mesti berada pada suatu tempat (benda yang disifati), yang pasti tempat itu suatu makhluk juga yang telah ada sebelum sifat, atau bersamaan dengan sifat itu. Oleh kerana itu, tak mungkin memperkatakan bersama.
Dalam Hadith Qudsi, Allah berfirman kepada Akal: Menghadaplah ke mari! Maka menghadaplah ia. Kemudian Allah berfirman: Berbaliklah, maka iapun membelakangi.
Kalau demikian, maka jelaslah bagi anda bahawasanya erti nama-nama yang empat itu seperti yang telah lalu ialah:
1. Hati jasmani
2. Roh jasmani
3. Nafsu syahwat
4. Macam-macam ilmu
Inilah empat makna yang dipakai untuk empat kata-kata (nama-nama) terssebut, yang mana di samping empat makna di atas, ada pula makan ke-5 (yang dipakai oleh keempat kata-kata itu). Makna ke-5 itu ialah: sesuatu yang halus yang mengetahui segala sesuatu dan yang menangkap atau menemukan segala ilmu dan pengetahuan pada manusia.
Jadi keempat kata-kata itu saling bersesuaian satu dengan yang lain. Makna ada lima dan kata-kata hanya empat. Dan tiap-tiap kata digunakan untuk dua erti.
Kebanyakan para cerdik pandai menjadi kacau dan kabur akan perbedaan dan persesuaian keempat kata-kata ini. Anda akan melihat bahawa mereka memperbincangkan "khuatir" atau fikiran-fikiran. Kata mereka: Ini fikiran akal, ini fikiran roh, ini fikiran hati dan ini fikiran nafsu. Guna menyingkapkan tabir kekaburan ini, kami dahulukanlah menghuraikan nama-nama ini.
Di mana dalam al-Quran dan as-Sunnah terdapat kata al-Qalbu, maka yang dimaksud ialah suatu makna yang mana manusia bisa mengerti dan mengetahui hakikat segala sesuatu.
Dan kadang-kadang dimaksudkan juga dengan kata al-Qalbu itu hati yang ada dalam rongga dada (jantung). Oleh kerana antara hati yang halus dengan hati jasmani itu ada hubungan yang khas.
Maka sesungguhnya hati halus itu, meskipun ia berhubungan dengan seluruh badan dan berguna untuknya, tetapi perhubungan itu dengan perantaraan hati jasmani. Maka hubungan pertamanya ialah hati jasmani. Seolah-olah hati jasmani itu menjdai tempat, kerajaan, alam dan kenderaan bagi hati halus itu.
Sahal at-Tusturi telah mengumpamakan hati jasmani itu dengan Arasy, takhta atau singgasana dan dada dengan kursi, tetapi Sahal tidak bermaksud bahawa itu takhta dan kursi Tuhan, sebab yang demikian itu mustahil, tetapi ia menghendaki kekuasaan Tuhan.
Jadi hati dan dada bagi manusia itu seperti arasy dan kursi bagi Allah.
Perumpamaan ini juga tidak tepat, kecuali hanya dari beberapa segi. Dan menjelaskan hal ini lebih lanjut tidak sesuai dengan tujuan penulis, maka itu marilah kita tinggalkan saja.
Untuk selanjutnya ikuti Siri ke-2 dalam bedah buku "Keajaiban hati oleh Imam Ghazali yang akan memaparkan "Balatentera hati".

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ (27) ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً (28)

Dari sejumlah makna yang banyak itu ada dua makna yang berhubungan dengan tujuan pembahasan kita, iaitu:
1. Akal bererti: mengetahui hakikat segala sesuatu. Dalam hal ini, Akal mengibaratkan sifat ilmu yang terletak di hati.
2. Akal bererti: yang menangkap dan mendapatkan segala Ilmu. Dalam hal ini, Akal bererti "hati" dalam erti yang halus (erti kedua).
Kita tahu bahawa setiap orang yang berilmu itu, padanya ada suatu wujud yang merupakan suatu asal yang berdiri sendiri dan ilmu itu merupakan sesuatu sifat keadaan di dalamnya. Sifat itu bukan yang bersifati. Dan kata "Akal: kadang-kadang bererti sifat orang yang berilmu, kadang-kadang bererti tempat penemuan atau yang menemukan segala pengertian. Itulah yang dikehendaki oleh sabda Nabi S.A.W.

أول ما خلق الله العلم
"Kejadian yang mula-mula dijadikan oleh Allah ialah ilmu."