Saturday, April 17, 2010

BAYANGKANLAH

Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin
Allah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita.....
Baginda datang dengan tersenyum dan muka bersih di
muka pintu rumah kita,
Apa yang akan kita lakukan ? Mestinya kita akan
sangat berbahagia, memeluk
Baginda erat-erat dan lantas mempersilakan Baginda
masuk ke ruang tamu kita.
Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat
agar Rasulullah SAW sudi
menginap beberapa hari di rumah kita.

Baginda tentu tersenyum........
Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah SAW
menunggu sebentar di
depan pintu kerana kita teringat Video CD rated
18xxx yang ada di ruang
tengah dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu
video tersebut ke dalam.

Baginda tentu tetap tersenyum........
Atau barangkali kita teringat akan lukisan wanita
setengah telanjang yang
kita pasang di ruang tamu kita, sehingga kita
terpaksa juga memindahkannya
ke belakang secara tergesa-gesa.

Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan
Muhammad yang ada di
ruang samping dan kita meletakkannya di ruang
tamu. Baginda tentu
tersenyum.Bagaimana bila kemudian Rasulullah SAW
Bersedia menginap di rumah kita ?
Barangkali kita teringat bahwa anak kita lebih
hafal lagu-lagu barat
daripada menghafal Selawat kepada Rasulullah SAW.

Barangkali kita menjadi malu bahwa anak-anak kita
tidak mengetahui sedikitpun sejarah
Rasulullah SAW kerana kita lupa dan lalai
mengajari anak-anak kita.

Baginda tentu tersenyum........
Barangkali kita menjadi malu bahwa anak kita tidak
mengetahui satupun nama
keluarga Rasulullah dan sahabatnya tetapi hafal di
luar kepala mengenai
anggota Power Rangers atau Kura-kura Ninja.

Barangkali kita terpaksa harus menukar satu kamar
mandi menjadi ruang Solat.
Barangkali kita teringat bahwa perempuan di rumah
kita tidak memiliki
koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan
kepada Rasulullah SAW.

Baginda tentu tersenyum........
Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita.
Belum lagi koleksi kaset kita dan anak-anak kita.
Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita.
Kemana kita harus menyingkirkan semua koleksi
tersebut demi menghormati junjungan kita ?
Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan
kita bahwa kita tidak
pernah ke masjid meskipun azan berbunyi.

Baginda tentu tersenyum........
Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat
Maghrib keluarga kita malah
sibuk di depan TV. Barangkali kita menjadi malu
kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu
kita untuk mencari kesenangan duniawi.
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita
tidak pernah menjalankan solat sunat.
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita
sangat jarang membaca Al-Qur'an.
Barangkali kita menjadi malu bahwa kita tidak
mengenal tetangga-tetangga kita.

Baginda tentu tersenyum.......
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW
menanyakan kepada kita
siapa nama tukang sampah yang setiap hari lewat di
depan rumah kita.
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW
bertanya tentang nama dan
alamat tukang penjaga masjid di kampung kita.
Betapa senyum Baginda masih ada di situ........
Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul
di depan rumah kita......
Apa yang akan kita lakukan ? Masihkah kita memeluk
junjungan kita dan
mempersilakan Baginda masuk dan menginap di rumah
kita ? Ataukah akhirnya
dengan berat hati, kita akan menolak Baginda
berkunjung ke rumah kerana hal
itu akan sangat membuat kita kalut dan malu.
Maafkan kami ya Rasulullah.........
Masihkah Baginda tersenyum ? Senyum pilu, senyum
sedih dan senyum getir........
Oh betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah........
Wallahua'allam.

Thursday, April 8, 2010

ADAKAH AKU IKHLAS

Kita semua maklum bahawa keikhlasan itu menjadi pra-syarat untuk apa-apa amalan kita diterima oleh Allah swt. Kerana kita inginkan amalan kitalah yang bakal menjelma sebagai makhluk yang indah bila kita di dalam alam barzakh nanti, kita berharap agar amalan kitalah yang dapat membela kita pada hari pembalasan kelak.

Sudah tentu, niat pada permulaan kita membuat sesuatu, hinggalah ke akhirnya perlulah hanya kerana Allah semata-mata. Tidak kira amalan itu menyentuh perkara peribadi mahupun dalam kehidupan berdakwah. Namun, ibarat kita hendak mengenal samada kita sudah terkena penyakit 'chicken pox' dsbnya, ada tanda-tanda yang dapat menolong kita memastikan adakah benar kita ini ikhlas.

Antaranya :-
1. Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia.
2. Kita tidak berasa hati apabila usaha dikritik oleh manusia.
3. Kita tidak berasa bangga bila dipuji.
4. Kita sentiasa menganggap diri cuai dalam ibadah akibat sikap taajub akan diri sendiri.
5. Tidak malas, lembab dan ketinggalan dalam kesusahan.
6. Tidak jemu dalam berusaha mengajak orang kepada Islam.
7. Tidak menjauhkan diri dari jemaah walau dicaci manusia.
8. Di dalam organisasi/jemaah, tidak teringin menjadi ketua tetapi tetap bekerja dan menyumbang.
9. Menjadi pemimpin atau pengikut, mana satu tidak menjadi hal.
10.Tidak marah malah gembira, bila muncul seorang yang baru menjadi ketua(namun bukan bermaksud tanggungjawabnya sendiri berkurang, kerana amanah bukan dari manusia tetapi dari Allah)

Begitulah antara perkara-perkara yang perlu kita perhatikan. Ini hanyalah panduan sahaja sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan amalan diri kita sendiri bersih dari sifat ria', taajub, takabbur dan seumpamanya. Pekerjaan yang zahirnya baik, tetapi jika diselimuti oleh segala sifat yang batil tersebut, maka sia-sialah di sisi Allah swt. Hatta mereka yang berperang di saff hadapan dan mati di medan peperangan. Walau bagaimanapun, atas kelemahan manusia, tidak layak sebenarnya untuk menilai atau menghukum orang lain ikhlas ataupun tidak.Dalam satu kata-kata ulamak, ada ulamak yang mengatakan untuk membayangkan ikhlasnya seseorang itu seperti seekor semut yang hitam yang berjalan diatas batu yang hitam pada waktu malam ( yg pekat legam ). Betapa besarnya hati manusia itu, apa bila merasakan hatinya itu ikhlas terhadap Allah ta'ala.

Perlu diingatkan juga, dalam satu hadith nabi.. telah berkata " 3 golongan yang tidak diterima Allah ta'ala untuk masuk ke syurga, kemudian ditanya kepada nabi apakah golongan itu, maka nabi menjawab
1. Orang-orang kaya menginfaqkan ( sedekah ) sebahagian hartanya di jalan Allah, tetapi tidak ikhlas.
2. Orang-orang yang berjihad di jalan allah, mahupun perang atau sebagainya.
3. Orang-orang alim ulamak yang menyampaikan ilmu itu tetapi tidak ikhlas kerana Allah ta'ala"

Jadi sahabat dan sohabiat yang dirahamtilah allah sekalian dapat kita renungkan betapa besar ikhlas tu perlu wujud pada hati masing. Syaitan sentias merasuk diri anda supaya mengkianati Allah ta'ala. oleh itu sentiasalah menyucikan jiwa anda dari perasaan hasad dan dengki serta riak yang membinasakan diri kita di akhirat kelak.

Kita hanya boleh melihat yang zahir sahaja. Allah swt yang Maha Mengetahui dan hanya Allah swt sahajalah yang berhak membalas segala amalan. Samada amalan yang baik atau sebaliknya.Sama-samalah kita berdoa:

Wahai Tuhan kami!
Perbaikilah hati kami,
hapuskanlah cacat cela kami,
pimpinlah kami ke arah kebaikan,
hiasilah kami dengan taqwa,
kurniakanlah kepada kami
taat setia kepadaMu
sepanjang hidup kami.
Tuhan kami! Jadilah kami ikhlas kepadaMu,
syukur kepadaMu,
bertawakkal kepadaMu,
taubat kepadaMu,
khusyuk kepadaMu.
Wahai Tuhan kami!
Sesungguhnya kami mohon kepadaMu
ketetapan di dalam urusan ini
keazaman di dalam hidayah
tolonglah kami mengingat Engkau
menyebut namaMu
mensyukuri Engkau
baik ibadat kepadaMu.
(Sumbangan Tokei Kurma Madu Dari Mesir)

10 WASIAT IMAM SYAFIE

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat makan hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA: HAK KEPADA KUBUR
Iaitu: Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA: HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN: HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu: Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu: Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

5 sahabat cinta...

Bersahabat memang best tapi ramai yang mula-mula jadi sahabat, lama-lama jadi muksibat. Apapun pilih lah yang terbaik dari apa yang terjadi dalam hidup ini. Tuhan tahu apa yang baik untuk hambanya. Kalau kita terus menerus menipu orang. Hentikan perbuatan tersebut. Kalau kita terus menerus buat maksiat pun hentikan cepat sebelum kita tak sempat bertaubat. Hidup didunia ini memanglah macam dalam syurga kalau kita tidak ingat dosa dan pahala. Tapi kita juga ada agama, mudah untuk difahami tinggalkan yang dilarang buatlah apa yang disuruh. Yang tidak disuruh tinggalkan lah. Syurga dunia tidak akan kekal abadi. Syurga yang hakiki menanti kita. Fikir-fikirkanlah...
Nasihat al-Qamah:
Lima cara pilih sahabat
Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama: Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya. Dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua: Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga: Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat: Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima: Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu
mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia
suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan
hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat
kepada Dzat yang Memiliki mu."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...