Monday, August 23, 2010

RiLEKS JAP .. JOM MASAK !!!


Ayam Goreng Berempah

Resepi ayam goreng berempah sudah ada dalam blog ini..Tapi untuk resepi ayam goreng berempah kali ini, saya menambah serbuk kari dan daun kari. Jadi bila goreng bertambah harum dgn aroma daun kari..

Bahan-bahan:

1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan
5 ulas bawang putih**
2 biji bawang besar**
1 inci halia**
5 batang serai**
1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)**
**ditumbuk atau dikisar kering
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng.
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap.
2. Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.

Ayam yang telah siap didaul dgn bahan kisar dan daun kari..

sumber: http://resepiraidah.blogspot.com

Sunday, August 22, 2010

Rahmat Sebalik Ujian


www.iLuvislam.com
Oleh: Zulyunus
Editor: Nazarudin Yaacob




Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan Al-Quran kepada hamba-Nya, yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kita, siapa di antara kita yang lebih baik amalnya. Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. Allah telah memuliakan manusia sebagai sebaik-baik ciptaan. Dia menghantar Rasul-Nya untuk mengeluarkan manusia daripada gelap gelita kepada cahaya terang benderang, menuju Tuhan. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu dengan tujuan dan bersebab.
Telah bertasbih kepada Allah apa saja yang ada di langit dan apa saja yang ada di bumi, dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Selawat dan salam buat Rasul junjungan, yang telah dihantar oleh Allah kepada Umat Manusia sebagai satu anugerah, membawa Rahmah ke seluruh pelosok alam. Demi Allah, sungguh tidak akan sesat orang yang berpegang pada tali agama Allah, menggigit Al-Quran dan Sunnah dengan gigi gerahamnya dan dia sama sekali tidak pernah mencari selainnya sebagai sesuatu yang lebih agung dan lebih utama.

Hidup ini adalah satu medan ujian. Dunia ini hanyalah sebuah persinggahan dan bukan destinasi. Sebuah perhentian dan bukan pengakhiran. Tanpa ujian, manusia takkan pernah terhantuk dan tengadah, bahkan akan terus lalai dengan dunianya sendiri yang penuh dengan angan-angan, hiasan syaitan. Ujian adalah satu bentuk interaksi antara Allah dan kita. Ujian membuatkan kita mendongak ke langit, menadah tangan memohon perhatian Tuhan. Kita selalu lupa, namun Allah tak pernah sekali-kali lalai daripada hamba-Nya.

Di hujung ujian ada Rahmat yang disediakan buat orang-orang yang berjaya, dan penyesalan buat orang-orang yang gagal. Jika kita tak pernah memahami atau cuba untuk mengerti hakikat ini, maka kita akan terus terkandas dalam ujian. Ujian demi ujian, keluhan demi keluhan, hidup terus berjalan dengan tertekan, tak pernah merasakan kenikmatan di sebalik ujian. Maka kita sangat perlu memahaminya, bahawa Rahmat Allah menanti di sebalik sesebuah ujian. Ujian itu takkan pernah hilang daripada papan cerita kehidupan ini.

Ujian membawa kita semakin dekat dengan pemberi ujian, mungkin juga sebaliknya. Ujian adalah lambang kasih sayang pencipta. Itu tanda Allah sentiasa mengambil berat dan tak pernah meninggalkan kita sendirian, kita bagaimana?




Ujian dan Iman

Firman Allah dalam surah Al-‘Ankabuut Ayat yang ke-2, ertinya:

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?”

Ayat ini menggambarkan kepada kita betapa iman itu berkait rapat dengan ujian. Kenikmatan iman itu dikecapi setelah kita berjaya melalui beberapa siri ujian yang telah ditetapkan oleh Allah. Semakin hebat ujian, semakin manis iman yang bakal kita rasai di penghujungnya, bagi orang-orang yang berjaya melaluinya. Jika kita gagal menempuhinya dengan baik, kita akan terus diberi peluang dan didatangkan lagi dengan ujian-ujian yang lain. Kita akan semakin tersasar jika kita terus menerus gagal dan tak belajar menjadi lebih baik. Allah itu begitu Maha Pengasih dan masih memberi ruang kepada kita belajar daripada ujian.

Firman Allah lagi dalam surah Al-‘Ankabuut Ayat yang ke-3, ertinya:

“Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

Iman itu memerlukan pembuktian. Seberat-berat ujian yang pernah kita alami, tak mungkin seberat Bilal Bin Rabah R.A. tatkala menampung batu besar di terik panas matahari padang pasir. Khabbab Bin ‘Arath R.A. begitu terseksa saat besi panas yang membara di atas kepalanya membakar dan menghanguskannya. Namun, mereka telah membuktikan keimanan mereka dan Allah mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang dusta. Di hujung penderitaan yang dialami generasi awal Islam itu, mereka mengakhiri kehidupan menuju alam abadi dengan penuh ketenangan.

Ujian itu adalah tempaan Allah buat orang-orang beriman. Pedang yang hebat takkan terbentuk jika tidak diketuk, dipanaskan dan ditempa dengan baik. Maka kita beruntung kerana Allah akan mengangkat darjat kita dengan ujian yang diturunkannya. Allah ingin memberikan berita gembira kepada kita jika kita bersabar atas ujian yang kita hadapi.

Lihatlah Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 155-156, ertinya:

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun (Kita milik Allah dan kepada-Nya kita dikembalikan)””

Ujian Pelbagai Bentuk

Tahap ujian yang ditimpakan oleh Allah kepada manusia itu berbeza-beza, berdasarkan kepada keimanannya. Bentuk ujian itu juga pelbagai. Ada orang diuji dengan wanita, yang lainnya dengan harta, anak-anak, kesusahan, kawan-kawan dan sebagainya. Bagi para pelajar, peperiksaan itu juga satu bentuk ujian. Hakikatnya, kehidupan ini sendiri keseluruhannya adalah medan ujian, akhirat nanti medan ganjaran.

Biar apa juga bentuk ujian yang kita alami, Rahmat Allah tetap akan mengiringi jika kita menghadapinya dengan penuh sabar dan pengharapan kepada Allah. Allah sangat-sangat suka jika hamba-Nya mengadu kepada-Nya, menitiskan air mata di balik tirai malam dan mengakui kelemahannya. Tidak dapat tidak, ujian itu harus dilalui dengan penuh pengharapan kepada pertolongan Allah, kebergantungan yang sepenuhnya kepada pemilik diri kita. Jika tidak, kita akan buntu mencari jalan, kerana hanya Dia penunjuk jalan.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 153, ertinya:

“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan Solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”

Ayat ini begitu dalam maknanya bagi orang-orang yang ingin memahami, dan begitu berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’. Sabar dan Solat itu kunci dalam memohon pertolongan Allah. Sampai bila kita harus bersabar? Sampai Allah memberikan pertolongan. Selagi kita diuji, selagi itulah kita bersabar.

Rasulullah adalah orang yang paling hebat kesabarannya bahkan paling besar ujiannya. Dan baginda jugalah yang paling mulia di sisi Allah di kalangan seluruh Umat manusia. Maka ujian itu sememangnya menuntut kesabaran, dan kesabaran akan mengangkat darjat seorang manusia.

“Dari Abu Hurairah R.A., ada seorang lelaki berkata kepada Nabi S.A.W., “Berilah aku wasiat.” Rasulullah S.A.W. bersabda, “Jangan marah!” Beliau mengulang-ulang beberapa kali ucapan, “Jangan marah!” (HR Bukhari)

Kesimpulannya, ujian itu pasti. Pergantungan kepada Allahlah yang akan membuatkan kita tenang menghadapinya. Mungkin kita sudah puas membaca, sekarang mari kita sama-sama merasa. Wallahua’lam.

LELAKI PALING HENSEM


KENALI NABI MUHAMMAD SAW SECARA LAHIRIAH

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan orang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.
- Aku melihat cahaya dari lidahnya..
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali
melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih
seperti perak sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir
rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn
cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga
tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan
lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :

Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Semulia-mulia insan di dunia...

> Sekadar ingatan...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah
malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa baarik wa sallim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

email from: Kak Cti

Friday, August 20, 2010

CATATAN KEMBARA

Di dataran persada ini
Tersusun langkah seorang pengembara
Menjejak badai fatamorgana
Mencari sinar di hujung senja
Mengharap nusrah rabbi Yang Esa

Gelojak hati si pengembara
Ke mana menyusur arah tujuan
Terus didakap kealpaan
Dek pukauan warna-warni dunia

Terlupakah lambaian panji perjuangan
Merombak hancur durjana kekejaman
Mengembali pentas kemanusiaan
Inilah hakikat ...
Pasri dinobatkan

Nyanyian unggas selimuti kesunyian
Termangu pengembara sendirian
Sejadah usang bukti penyaksian
Perhitungan diri di pertiga malam
Titisan air mata lukisan keinsafan
PadaMu Tuhan ...
Pengabdian diri ...
Dipersembahkan ...


Nukilan rasa, from shohabat Cairo

Sunday, August 8, 2010

TAWARAN TERHEBAT HANYA DI RAMADHAN AL-MUBARAK !!!

JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI, SELAGI NYAWA DIKANDUNG BADAN

Friday, August 6, 2010

PERSIAPAN MENGHADAPI RAMADHAN

Salam Sejahtera & Salam Ukhuwwah fillah

Tidak lama lagi, kita akan didatangi tetamu agung yang ditunggu-tunggu selama 11 bulan lamanya. Tetamu itu adalah bulah Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang penuh dengan keberkatan. Didalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang dipenuhi dengan kerahmatan, keampunan dan pembebasan dari api neraka. Bulan yang dirindukan kedatangannya dan ditangisi kepergiannya oleh orang-orang yang soleh.

Pada bulan inilah kaum muslimin akan melakukan pengembaraan rohani dengan mengekang hawa nafsu syahwat dan mengisi ruang waktu dengan amal-amal soleh. Kesemuanya bermatlamatkan untuk mendapatkan ketaqwaan sebagai sebaik-baik bekalan untuk menemuiNya nanti. Untuk mencapai tujuan tersebut,kita perlu melengkapkan diri dengan beberapa persediaan supaya kedatangan Ramadhan dapat diisi dengan sebaik-baiknya.

Perancangan Sambutan Ramadhan

1) Merencanakan Peningkatan Prestasi Ibadah (Syahrul 'Ibadah)

Ibadah Ramadhan dari tahun ke tahun seharusnya meningkat. Tahun ini sepatutnya lebih baik dari tahun lepas. Ibadah Ramadhan yang bakal kita lakukan seharusnya lebih berkualiti dan memberikan impak yang positif. Di antara bentuk-bentuk peningkatan amal Ibadah seseorang muslim di bulan Ramadhan adalah penambahan kuantiti dan kualiti tilawah al-Qur'an, hafalan, pemahaman dan pengamalannya.

Peningkatan dalam aktiviti sosial seperti infak, memberi makan kepada jiran tetangga dan fakir-miskin (moreh@ majlis brbuka puasa), santunan terhadap anak yatim, bantuan kewangan terhadap para pelajar yang memerlukan dan sebagainya. Kita juga boleh merancang untuk mengurangi pola hidup kepenggunaan yang melampau dan membazir dan memantapkan tekad untuk menyokong dan membantu usahawan muslim dengan membeli barangan untuk keperluan atau menggunakan perkhidmatan mereka.

2) Menjadikan Ramadhan sebagai Syahrul Taubah (Bulan Taubat)

Bulan Ramadhan adalah bulan di mana syaitan dibelenggu, hawa nafsu diikat, pintu neraka ditutup dan pintu syurga dibuka. Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling afdal untuk bertaubat dan memulakan hidup baru dengan langkah-langkah yang lebih Islami. Taubat bererti meninggalkan kemaksiatan, dosa dan kesalahan serta kembali kepada fitrah kebenaran. Atau kembalinya hamba kepada Allah SWT, meninggalkan jalan orang yang dimurkai dan jalan orang yang sesat.

Oleh kerana itu, pada bulan Ramadhan, umat Islam seharusnya memperbanyakkan istighfar, mengakui kesalahan dan meminta maaf terutama kepada sesama mereka serta mengembalikan hak-hak mereka. Taubat dan istighfar menjadi syarat utama untuk mendapat keampunan dan kerahmatan Tuhan.

3) Menjadikan bulan Ramadhan sebagai Syahrul Tarbiyah & Da'wah

Bulan Ramadhan harus dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh para dai'e dan ulama untuk melakukan da'wah dan tarbiyah. Mereka pastinya melipatgandakan usaha melakukan gerakan reformasi (harakatul Islah) dan memperkasakan ukhuwwah Islamiyah sesama muslim dan insan.

Mereka juga berusaha gigih meningkatkan kepekaan masyarakat untuk menolak sebarang bentuk kezaliman dan kemaksiatan, menyebarkan syiar Islam dan meramaikan masjid dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat, seperti menunaikan solat sunat tarawih, ta'alim/usrah, menadah kitab, diskusi dan kuliah serta ceramah sehinggalah tercapainya perubahan-perubahan yang bermakna dalam pelbagai bidang kehidupan. Ramadhan bukan bulan istirehat yang menyebabkan mesin-mesin kebaikan berhenti bekerja, bahkan momentum tahunan terbesar untuk segala jenis kebaikan. Dan dominasai kebaikan bukan hanya di bulan Ramadhan, tetapi juga di luar Ramadhan.

4) Menjadikan Ramadhan Sebagai Syahrul Muhasabah (Bulan Evaluasi)

Dan terakhir, semua ibadah Ramadhan yang telah dilakukan tidak boleh terlepas dari muhasabah atau evaluasi, Muhasabah terhadap langkah-langkah yang telah kita lakukan dengan sentiasa menajamkan mata hati (bashirah), sehingga kita tidak menjadi orang/kelompok lain. Semoga Allah SWT menerima puasa yang bakal kita laksanakan dan mudah-mudahan peringatan ini dapat membangkitkan semangat beribadah kita sekalian sehingga terbuka peluang bagi mewujudkan sebuah negeri dan negara yang lebih berkat, lebih aman, lebih adil dan sejahtera.

BEBERAPA TIPS PILIHAN SEBELUM MENGHADAPI RAMADHAN

1. Banyakkan berpuasa di bulan Sya'ban. Adalah menjadi sunnah Nabi S.A.W memperbanyakkan berpuasa di bulan Sya'ban.

2. Mengulangkaji ilmu tentang puasa. Untuk mencapai puasa yang sempurna, kita hendaklah memiliki ilmu tentang bagaimana melaksanakan puasa yang sebenarnya sebagaimana yang dituntut oleh syara'. Antara perkara yang perlu diulangkaji ialah:

a) Rukun-rukun puasa serta sunat-sunatnya.

b) Perkara-perkara yang membatalkan puasa.

c) Perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa.

d) Dan segala yang berkaitan dengan ibadah puasa.

3. Membaca kembali hadith-hadith Nabi SAW tentang fadhilat (kelebihan) puasa dan bulan Ramadhan.

4. Mengetahui amalan-amalan utama di bulan Ramadhan. Dengan mengetahui amal-amal ibadah atau amal-amal kebajikan yang amat digalakkan oleh Allah SWT dalam bulan Ramadhan di mana ganjarannya amat besar dan berlipat kali ganda, kita akan jadi lebih bersemangat dan berstamina tinggi untuk melaksanakan amalan-amalan tersebut dengan sebaik mungkin.

5. Memahami matlamat tertinggi dalam peribadatan puasa adalah taqwa. Taqwa terpancar dalam keperibadian diri yang konsisten dan berterusan sepanjang dan selepas bulan Ramadhan.


Monday, August 2, 2010

Keajaiban Hati oleh IMAM GHAZALI




Siri 2: Balatentera HATI

Tuhan berfirman:

وَمَا يَعْلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلاَّ هُوَ

"Dan tidak ada yang mengetahui akan balatentera Tuhanmu kecuali hanya Dia."
(al-Muddtasir: 31)


Allah mempunyai balatentera yang dikerahkan dan pasukan-pasukan pada hati, roh dan seluruh alam yang lain, yang mana hakikat dan perincian bilangannya tak seorang pun mengetahui, kecuali hanya Allah (sendiri).

Dalam hati ada dua pasukan: Sepasukan dapat dilihat dengan matakepala dan sepasukan lagi hanya dapat dilihat dengan bashirah (kebijaksanaan hati) dan kecekatan.

Jadi seolah-olah hati itu sebagai raja dan pasukan-pasukan itu sebagai ajudan dan pelayan-pelayannya. Inilah erti pasukan.




Siri 3: Pasukan Yang Tampak

Pasukan hati yang tampak oleh matakepala kita ialah: tangan, kaki, mata, telinga, lidah (mulut) dan semua anggota-anggota luar dan dalam. Kesemuanya itu meladeni hati dan tunduk kepadanya.

Semua anggota-anggota itu telah bernaluri untuk tunduk pada hati, ia tak bisa menyeleweng dan berkeras kepala. Apabila mata itu diperintah oleh hati untuk terbuka, maka terbukalah ia. Dan apabila sang kaki disuruh bergerak, bergeraklah dia. Begitu pula lidah (lisan) apabila ia disuruh bicara dan pasti apa yang akan dibicarakannya, maka berbicaralah ia.

Demikian pulalah pembawaan dan naluri seluruh anggota-anggota yang lain. Kepatuhan anggota-anggota dan indera-indera kepada hati, dari satu segi menyerupai kepatuhan dan ketaatan para Malaikat kepada Allah Ta'ala, sebab mereka itu memang diberi bakat untuk berbakti, mereka tak bisa mengadakan penyelewengan kepada Tuhan, mereka tak pernah memungkiri segala apa saja yang diperintahkan Tuhan kepada mereka. Segala perintah itu selalu mereka kerjakan.


لا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

"Mereka tiada menderhakai Tuhan terhadap segala yang diperintahkan Tuhan kepada mereka, dan sentiasa melaksanakan apa yang diperintahkan ke atas mereka." (at-Tahrim : 6)

Hanya ada satu segi yang membedakan antara ketaatan Malaikat dan anggota tadi. Malaikat tahu akan ketaatan dan kepatuhan mereka kepada Allah. tetapi sekelompok mata hanya taat dan tunduk pada hati dengan dasar taskhir atau boleh disebut berbuat paksa dan eksploitasi, ia tidak mendapatkan pengalaman, baik dari dirinya atau daripada kepatuhannya terhadap hati.

Kebutuhan hati akan pasukan-pasukan itu sama dengan kebutuhan hati terhadap kenderaan dan bekal untuk perjalanannya yang menjadi tugasnya, iaitu perjalanan kepada Allah dengan menempuh face-face untuk bertemu Dia. Dan memang untuk itulah si Hati dijadikan.
Firman Allah:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإِنسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُونِ

"Dan tidaklah Aku menjadikan jin dan manusia, kecuali hanya untuk berbakti kepadaKu." (az-Zariat: 56)

Yang dimaksudkan dengan kenderaan hati ialah badan dan bekanya ialah ilmu. Adapun cara menjadikan ilmu itu sebagai bekal dan kemungkinannya berbekal dengannya ialah dengan melakukan amalan-amalan yang soleh. Tidak mungkin seorang hamba Allah akan sampai kepada Tuhannya sebelum badannya tenang (mati) dan sebelum melampaui dunia atau meninggalkannya. Sebab tempat yang lebih dekat ini harus ditempuh dan ditinggalkan, guna mencapai tempat yang lebih jauh.

Dunia adalah sebagai ladang bagi akhirat.
Dunia ialah salah satu dari tempat-tempat mendapatkan petunjuk, ia disebut dunia, kerana ialah yang paling dekat di antara dua tempat (dunia + akhirat). Oleh sebab itu manusia harus mengambil bekal dari alam dunia ini.

Badan ialah kenderaan yang membawa hati ke dunia ini, maka dari itu, badan itu perlu dipelihara dan dilindungi. Caranya ialah dengan mengisi badan dengan makanan-makanan dan lain-lain lagi, yang sesuai dan berguna dan menolak segala hal yang menyebabkan binasanya badan.

Untuk mengisikan makanan itu dibutuhkan dua pasukan, iaitu:
a) pasukan batin yang berupa syahwat
b) pasukan lahir yang berupa tangan dan semua anggota-anggota yang ikut mendatangkan makanan itu.

Oleh sebab itulah, Allah menjadikan syahwat yang menghajatkan makanan itu dalam hati dan menjadikan anggota-anggota sebagai alat syahwat itu.

Begitu pula, guna menolak hal-hal yang membinasakan badan, diperlukan pula dua pasukan:
a) pasukan batin, yang berupa amarah. Yang berguna untuk menangkis segala bahaya dan menentang segala macam musuh.
b) pasukan lahir, berupa tangan, kaki dan sebagainya yang dapat dipergunakan untuk bertindak sepanjang kemahuan amarah tadi.

Jadi anggota-anggota badan itu seperti senjata dan perkakas-perkakas lahir yang lain. Orang yang menghajatkan makanan, selama ia tidak mengenal makanan itu, tak bergunalah syahwatnya terhadap makanan dan kesukaannya terhadapnya. Maka untuk mengenal makanan itu diperlukan adanya dua pasukan pula, iaitu:
a) pasukan batin, iaitu: tangkapan pendengaran, penglihatan, penciuman, rabaan kulit dan pengecapan lidah.
b) pasukan lahir, iaitu: mata, telinga, hidung dan sebagainya.

Pada "Kitab asy-syukur", penulis telah menghuraikan sebahagian daripadanya, maka sudilah kiranya pembaca puas dengan huraian itu shj.



Sunday, August 1, 2010

Tarbiah melahirkan mukmin mujahid

Tarbiyah Islamiyah bukan sekadar membentuk seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwa seorang diri sahaja. Bahkan ia bertujuan melahirkan mukmin yang sedia berkhidmat, memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah SWT.

Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya sehingga menjadi mujahid yang kukuh iman mereka, sentiasa bersedia untuk berkorban dan berjihad pada jalan Allah. Apabila Islam berhajat kepada kerja dakwah, maka tampillah para da'i yang jujur, berani dan sabar menyampaikan risalah Islam melalui lisan dan contoh yang baik. Apabila Islam memerlukan pengorbanan harta benda, maka tampillah sahabat yang mempunyai harta kekayaan menyerahkan harta benda mereka kepada Rasulullah SAW dengan penuh keredhaan tanpa bakhil, seperti Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Osman Ibn Affan dan Abdul Rahman al-'Auf.

Semua ini adalah peribadi yang lahir hasil daripada tarbiyah imaniyah yang berjalan di dalam madrasah Rasulullah SAW. Didikan Rasulullah SAW bukan untuk melahirkan ahli falsafah atau kumpulan sufi yang asyik dengan riadah ruhiyah semata-mata tanpa menghiraukan tipudaya musuh yg ingin menghancurkan Islam. Rasulullah SAW pernah menegur seorang lelaki yang ingin mengasingkan diri untuk beribadah dan meninggalkan jihad. Kata Rasulullah SAW kepada lelaki itu;
"Jangan kamu lakukan demikian. Sesungguhnya tegak seseorang kamu di jalan Allah (berjihad) adalah lebih utama daripada ia sembahyang dirumahnya selama 70 tahun. Apakah kamu tidak suka Allah mengampunkan kamu serta memasukkan kamu ke dalam syurga? Berjihadlah pada jalan Allah. Sesiapa yang berperang pada jalan Allah di atas belakang unta , maka wajiblah baginya syurga" (Hadis riwayat At-Tarmizi).

Hasan al-Banna pernah menyebutkan:
'Jihad adalah fardu yang berjalan terus sampai hari kiamat."

Sabda Rasulullah SAW:
"Barangsiapa mati padahal dia tidak berjihad dan tidak pernah berniat berjihad, maka matinya seperti mati jahiliyah.'

Serendah-rendah tingkat jihad itu ialah dengan cara membantah di dalam hati, dan setinggi-tingginya ialah perang fi sabilillah kerana kebenaran. Di antara kedua-dua tingkatan itu terdapat cara-cara jihad yang lain seperti berjihad dengan lidah, berjihad dengan pena, berjihad dengan tangan dan bejihad dengan cara berani bercakap benar di hadapan raja yang zalim. Semua sifat dan tingkatan jihad tersebut akan lahir melalui proses Tarbiyah lmaniyah, lnsyaallah.

Proses Tarbiyah mesti berterusan

Proses Tarbiyah lmaniyah mestilah berterusan, tidak boleh diabaikan atau dihentikan separuh jalan atau ditamatkan. Silibusnya mencakupi sepanjang hayat seorang muslim. Menurut Al Syeikh Mustafa Masyhur bahawa Tarbiyah dan pembersihan jiwa diumpamakan seperti makanan dan siraman bagi pokok yang disemai atau ditanam. Jika pokok tidak dibajai dan disirami sentiasa, maka ia akan layu dan kering. la akan terus hidup subur jika dibajai dan disirami. Demikianiah manusia. Hidup sebenarnya bagi individu atau jemaah adalah kerana adanya iman. Hidup manusia sebenarnya adalah hidup hatinya dengan keimanan bukan hidup jasad yang akan fana. Iman di dalam hati itulah yang akan melahirkan kehidupan yang bermakna. Hati perlu digilap selalu kerana ia mungkin berkarat. Rasuluilah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesunggubnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sababat-sababat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?. Rasulullah menerangkan: membaca Al Quran dan mengingati maut (mati).' (HR Al Baihaqi)

lman yang berada dalam iiwa manusia sentiasa terdedah kepada kelunturan dan kelemahan kerana dijangkiti oleh berbagai penyakit seperti kesibukan urusan duniawi, dan lain-lain. Oleh itu kita perlu banyak memohon pertolongan kepada Allah SWT dengan sentiasa memperbaharui keimanan kita. Sabda Rasuluilah SAW:
"Sesungguhnya iman itu boleh lusuh seperti lusuhnya pakaian, maka bendaklah kamu memohon doa kepada Allah SWT supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu.' (HR Al Hakim dan At Tabrani)

Faktor kejayaan Tarbiyah lslamiyah

Dr. Yusuf AI Qardhawi dalam bukunya, telah menjelaskan bahawa di sana ada beberapa faktor yang membantu menjayakan Tarbiyah lslamiyah, antaranya :

i. Keyakinan sepenuhnya bahawa tarbiyah adalah satu-satunya wasilah yang paling berkesan untuk merubah masyarakat, melahirkan rijal dan seterusnya mencapai kejayaan. Melalui tarbiyahlah Rasulullah SAW berjaya membentuk generasi rabbani sebagai contoh yang sukar ditandingi.

Jalan Tarbiyah adalah jalan yang jauh, jalan yg sukar & jalan yg bertahap-tahap. Sedikit sekali yg mampu mengharungi jalan ini, tapi ianya satu-satunya jalan utk sampai kepada kejayaan.

ii. Hanya Tarbiyah Islam yang mempunyai manhaj dan matlamat, lengkap dalam semua aspek dan jelas dari segi sumber, proses dan perancangannya.

iii. Tarbiyah lslamiyah mampu mewujudkan suasana masyarakat yang harmoni. Suasana ini membantu setiap anggota masyrakat hidup secara Islam. Masyarakat dididik tentang cara memberi tunjuk ajar, cara bersimpati, memberi pertolongan dan sebagainya. Setiap anggota merasa sedikit dengan dirinya dan merasa banyak dengan sahabat. Dia merasa lemah bila bersendirian dan merasa kuat dengan berjemaah.

iv. Adanya pemimpin yang bersifat pendidik dengan fitrah yang Allah anugerahkan kepadanya. Pengetahuan dan pengalamannya menjadikan Tarbiyahnya lahir daripada hati sanubari yang bersih dan ikhlas kerana Allah SWT semata-mata. Setiap perkataan yang keluar dari hati akan masuk ke hati-hati yang lain tanpa sekatan. Perkataan yang hanya lahir dari lidah semata-mata tidak akan mampu melewati telinga pun. Perpatah ada menyatakan: "Orang yang kehilangan sesuatu benda nescaya ia tidak akan dapat memberikannya."

v. Mempunyai pendidik-pendidik yang ikhlas, berwibawa & beramanah mengikut jalan pemimpin agong Muhammad SAW. Tidaklah dimaksudkan pendidik di sini mereka yang keluar dari pusat-pusat pengajian tinggi dalam bidang tarbiyah atau pendidikan, dengan ijazah masters atau PhD. Yang dimaksud dengan pendidik di sini ialah mereka yang mempunyai keimanan yang tinggi, kerohanian yang kuat, jiwa yang bersih, kemahuan yang kental, simpati yang luas dan kewibawaan yang memberi kesan kepada orang lain. Dia mungkin seorang jurutera atau seorang pegawai biasa atau seorang peniaga atau seorang buruh atau seorang petani yang tidak ada kaitan dengan prinsip-prinsip atau sistem pendidikan secara langsung.

vi. Menggunakan berbagai-bagai wasilah seperti kegiatan-kegiatan di dalam halaqat, usrah-usrah, dan katibah-katibah yang dijuruskan ke arah matlamat pembangunan insan muslim yang soleh dan sempurna.

PENUTUP

Menjadikan Islam sebagai satu alternatif penyelesaian kepada masalah umat manusia mestilah lahir daripada keyakinan yang berteraskan keimanan, bukan disebabkan kegagalan sistem-sistem lain. Islam hanya boleh memainkan peranannya untuk menyelesaikan masalah manusia apabila ianya diambil secara syumul dalam bentuk konkrit. Oleh itu setiap pekerja (amilin) Islam mestilah dibentuk dan diproses berteraskan aqidah tauhid yang bersumberkan daripada Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Islam tidak akan dapat dibangunkan tanpa rijal (pahlawan). Rijal tidak dilahirkan tanpa melalui proses Tarbiyah. Dan Tarbiyah tidak akan memberi sebarang kesan tanpa penglibatan dan penghayatan yang bersungguh-sungguh daripada setiap individu. Adalah menjadi harapan dan keyakinan setiap muslim bahawa masa depan adalah milik Islam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...