Monday, December 7, 2009

Pesanan Terakhir Rasulullah S.A.W (Isi khutbah terakhir baginda S.A.W)

Ketika baginda S.A.W mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijrah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda S.A.W menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi kandungan khutbah terakhir baginda S.A.W itu ialah:
"Wahai manusia, dengarlah baik2 apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata2ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang2 yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah S.W.T telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalakan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara2 besar, maka berjaga-jagalah kamu supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara2 kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita2 kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata2ku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata2ku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang2 yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata2ku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba2-Mu."

Thursday, December 3, 2009

Kata-kata Hikmah

"PETI Ilmu itu di dada, peti perkataan itu di lidah, peti fikiran itu di akal, peti bodoh itu jahil." - IMAM SYAFIE

"Bila ingat Allah ketika susah, Allah akan berikan ketenangan. Bila lupa Allah ketika senang, Allah cabut rasa tenang di hati. Bila ingat Allah di waktu susah dan senang, hati ttap tenang...Lebih baik dapat tenang daripada senang. Tapi kalau dapat dua-dua lagi O.K."

"dUa nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan masa lapang." - HR Bukhar,Turmizi dan Ibnu Majah daripada Ibnu Abbas

"KEBODOHAN sama dengan kegelapan, ilmu sama dengan terang cahaya. Bertambah luas dan dalam ilmu, bertambah luas dan di dalam yang dapat diterangi oleh mata hati kita." - HAMKA

"SEJAHAT-JAHAT manusia ialah mereka yang suka mencari kesalahan dan kecelaan orang, sebagaimana lalat mencari bangkai dan tempat-tempat busuk." - HAMKA

Lakukan Sesuatu Yang Sesuai Dengan Hidayah

" Ilmu menundukkan akal ttapi mujahadah menundukkan hati. Dengan ada ilmu, akal menerima kebaikan sesuatu perkara. Tetapi hanya dengan ilmu, kebaikan itu belum tentu dapat dilaksanakan. Dengan ilmu, akal dapat ditundukkan bahawa itu kejahatan, ttapi dengan akal atau ilmu itu belum tentu dapat menolak kejahatan. Kerana hati belum dtundukkan."


Firman Allah Ta'ala yang bermaksud : " Dan tiap-tiap manusia itu telah Kami ikatkan amal perbuatannya (sebagaimana terikatnya kalung) pada lehernya. Dan kami keluarkan baginya pada hari qiamat sebuah kitab yang dijumpainya terbuka." - Surah al-Isra': 13

Di dalam ayat 13 surah Al-Isra' itu, Allah Ta'ala menyatakan bahawa setiap insan apabila dibangkitkan dari kubur masing2, maka segala amal perbuatannya terikat kemas pada lehernya. Seorang ahli lughah bernama Zajjaj berkata, bhw yang dimaksudkan dengan terikat pada tengkuk itu ialah hendak menunjukkan bahawa segala amal perbuatan insan itu tercatat dengan kemas, yang diumpamakan seperti ukiran yang terpahat pada kalung yang terikat pada leher manusia.

Kalung adalah pakaian perhiasan wanita, kalung itu tetap berada pada leher pada sebarang ketika, sama ada ketika tidur atau berjaga, ketika mengurus dan mengemas rumah tangga atau ketika berjalan2 ke mana sahaja. Ia menunjukkan betapa kalung itu sentiasa ada dileher wanita itu dalam apa suasana dan ketika sekalipun.

Demikianlah kedudukan catatan amal perbuatan manusia dengan mantap dan pasti ada bersama manusiashingga mereka dibangkitkan dari kubur di akhirat kelak. Manusia yang sedang bermaukif di Mahsyar akan menemui sebuah buku catatan lengkap dan dibentangkan dihadapan muka masing2 serta dapat membacanya setiap catatan amal mereka yang baik mahupun yang buruk pasti dapat dibacanya dengan terang tanpa sesuatupun yang tercicir darinya.

Firman Allah itu menunjukkan maksud yang jelas ditujukan kepada setiap insan terutamanya golongan mukmin, bahawa mereka wajib berhati2 menjaga gerak laku setiap perbuatan tutur ucapannya. Jangan sampai catatan yang terikat kemas itu dipenuhi dengan rakaman peristiwa yang memalukan, atau catatan yang mendatangkan kesengsaraan ketika dibentangkan dihadapan Allah Ta'ala serta menimbulkan rasa malu apabila disaksikan oleh manusia yang berada di Mahsyar itu.

Kata Ibrahim bin Idham, seorang ulama' sufi yang masyhur: - bahawa setiap manusia ditengkuknya ada dokoh, padanya dicatitkan segala amal perbuatan manusia yang baik atau yang buruk, walau bagaimanapun semasa hidupnya manusia tidak melihat apa yang ada pada dokoh itu. Apabila manusia mati, maka dokoh itu dilipat, kemudiannya apabila manusia dibangkitkan semula di Mahsyar maka dokoh itu dibuka semula.

Apabila Ibrahim bin Idham menyatakan dokoh itu ada pada setiap insan yang bergelar manusia, janganlah dia cuba meraba ditengkuknya untuk memastikan sama ada benar-benar dokoh itu ada pada tengkuknya, kerana tidak semestinya benda yang ada itu dapat dijamah atau dilihat dengan mata kepala secara kasar. Contonya ialah roh, ia ada pada tubuh manusia, namun para doktor atau pakar perubatan yang sering menjalankan pembedahan manusia tidak dapat melihat roh itu di dalam tubuh manusia.

Allah S.W.T menegaskan bahawa catatan amal perbuatan manusia tetap ada, orang2 mukmin wajib meyakininya tanpa ragu-ragu, apabila tiba masanya pasti semua insan akan membacanya. Firman Allah Ta'ala yang bermaksud: " Bacalah kitabmu, cukuplah diri mu sendiri pada waktu itu sebagai penghitung terhadapmu. Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri; dan barangsiapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan orang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan mengazab sebelum kami mengutus seorang rasul." - (Surah Al-Isra': 14-15)

Seulas Bicara Segunung Harapan

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana masih lagi diberi ruang dan peluang untuk menjalani kehidupan di dunia ini. Selawat dan salam diucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga, kaum kerabat dan para sahabat baginda S.A.W serta mata rantai-mata rantai penerus perjuangan baginda S.A.W fi kullimakan.
Ana mengucapkan ahlan wasahlan kepada blog ini dalam meneruskan lg agenda dakwah Islamiah yang merupakan suatu kewajipan bagi kita umat Islam. Sebagaimana sabda baginda S.A.W yang bermaksud: "Sampaikanlah dari ku walaupun sepotong ayat"
InsyaAllah, mudah-mudahan dengan kedatangan blog ini sedikit sebanyak dapat memberikan input-input yang berguna kepada para pembaca yang sudi menjamah ruangan ini. Mudah-mudahan usaha murni ini diteruskan hingga ke penghujungnya dalam usaha menyampaikan ilmu dan berkongsi ilmu yang mana adalah pinjaman sementara dari Allah S.W.T kepada kita sebagai hambanya.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Ingat mengingatilah, sesungguhnya ingat-mengingati itu memberi manfaat kepada orang mukmin."

Menyedari akan kemanfaatannya, sekiranya kita berharap, diri ini dapat berfikir apa yang tersurat dan menyuluh dengan mata hati apa yang tersirat dan seterusnya memberi harapan ke arah peningkatan amal, iman dan taqwa kepada Allah Ta'ala. Harapannya agar dengan ingatan ini kita dapat menyuburkan sifat-sifat mahmudah dan menyingkirkan sifat-sifat mazmumah dalam diri berteraskan dan bersumberkan al-Qur'an dan juga as-Sunnah.

Akhir kalam, insyaAllah mudah-mudahan blog ini, fajrulhaq-ikhwanulmuslimun akan terus bersinar. InsyaAllah. Dan sebarang perkongsian idea bolehlah diajukan dalam meneruskan usaha murni ini.
Jazakallahukhairan kathira. Wassalam



P/S: "Artikel dalam blog ini bukanlah hasil tulisan saya sepenuhnya tetapi sebaliknya adalah koleksi peribadi saya hasil pembacaan dari buku, majalah, suratkhabar dan lain-lain. Semua Artikel yang terkandung di blog ini adalah untuk dikongsi bersama. Harap Maklum"





Wednesday, December 2, 2009

نَشِيدُ الصَّبَاح

يَا اِلَهِي يَا اِلَهِي يَا مُجِيْبَ الدَّعْوَات اِجْعَلِ الْيَوْمَ سَعِيْدًا وَكَثِيرَ الْبَرَكَات
وَامْلاَءِ الصَّدْرًا نُشِرَاحًا وَفَمِيْ بِالْبَسَمَاتِ
وَاَعِنِّيْ فِى دُرُوسِى وَأَدَاءِ الْوَجِبَاتِ
وَاَنِرْ عَقْلِى وَقَلْبِى بِالْعُلُومِ النَّافِعَاتِ
اِجْعَلِ التَّوْفِيقَ حَظِّي وَنَصِيبِى فِى الْحَيَاةِ
وَاحْمِنِى وَاحْمِى بِلاَدِى مِنْ شُرُورِ الْحَادِثَاتِ
وَامْلاَءِ الدُّنْيَا سَلاَمًا شَامِلاً كُل ِّالْجِهَاتِ
يَا اِلَهِى يَا اِلَهِى وَاسْتَجِيبُ كُلَّ صَلاَتِى

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...