ERTI IMAN
Iman pada bahasa ialah mempercayai sesuatu dengan HATI. Iman pada istilah ialah berkata dengan lidah, percaya dengan hati dan beramal dengan anggota.
Ini bermakna bahawa, orang-orang yang benar-benar beriman ialah orang yang mengucap dua kalimah syahadah, mempercayai dan menyakini dengan hati serta melakukan segala titah perintah Allah dan rasulNya dengan anggota.
Sekiranya kita beriman kepada Allah, maka segala perbuatan dan tingkahlaku kita jangan sekali-kali berlawanan dengan perintah-perintah Allah atau laranganNya.
Sekiranya kita beriman kepada kitab-kitab Allah, maka hendaklah kita ikuti benar-benar segala ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya. Jangan sesekali kita membelakanginya atau menghina mana-mana ajaran yang ada di dalam kitab-kitab itu.
Sekiranya kita beriman kepada rasul, maka hendaklah kita ikuti titah perintah dan ajaran-ajaran yang disampaikan oleh rasul kepada kita.
Sekiranya kita beriman kepada hari akhirat, maka hendaklah kita melakukan kebaikan untuk mendapat balasan yang baik serta menjauhkan dari perbuatan-perbuatan yang jahat dan keji kerana perbuatan-perbuatan seperti itu akan menyusahkan kita hidup di dunia ini dan menerima azab sengsara di negeri Akhirat.
Tegasnya, orang-orang yang mengakui beriman dengan lidah sahaja sedangkan hatinya kosong dari keyakinan-keyakina. Maka itulah orang-orang yang menipu diri sendiri dan di negeri Akhirat dia akan mendapat balasan yang buruk.
Orang yang mengaku beriman dengan lidah tetapi tidak mengerjakan segala titah perintah Allah, maka iman seperti ini tidak boleh menyelamatkan tuannya dari neraka. Iman seperti ini juga mudah ditembusi dan mudah dinodai oleh hawa nafsu dan pengaruh material dan mudah menjadi binasa.
Setiap orang Islam wajib memperteguhkan imannya dengan ilmu pengetahuan yang dalam serta dengan logik-logik konkrit supaya dengan iman ini, kita dapar hidup selamat bahagia di dunia dan di akhirat.
PENGARUH IMAN
Apabila seseorang mempunyai iman yang penuh, akan teguhlah hatinya kepada Allah dan akan bersihlah dari segala-segala was syaitan. Dan apabila hati seseorang itu menjadi bersih, maka bertambah cintalah kepada Allah dan bertambah tinggilah mutunya disisi Allah.
Seseorang yang baik dan sempurna hatinya akan terbentuklah peribadinya dengan watak-watak yang baik dan akan timbullah tingkah laku dan akhlak-akhlak yang mulia sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.
Ertinya : "Ingatlah! bahawa didalam tubuh manusia itu ada segumpal daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuh dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh tubuh. Itulah hati."
Apabila setiap anggota masyarakat telah dipengaruhi oleh iman yang mendalam, maka sudah tentu masyarakat dan negara itu akan hidup aman dan bahagia. Allah sendiri telah membuat jaminan sebagaimana firmannya:
Ertinya : " Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami hidupkannya dengan kehidupan yang baik."
Dan Allah sendiri sanggup memimpin orang-orang yang beriman itu kepada jalan yang benar, jalan ke arah keselamatan dunia dan akhirat. Sebagaimana firmannya:
Ertinya : " Dan sesungguhnya Allah adalah pemimpin orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus."
Jika seseorang itu telah dipimpin oleh Allah, dan cinta kepada agamanya, dia sanggup menempuh apa sahaja jurang-jurang dan rintangan-rintangan kerana berjuang meluas dan menegakkan kepercayaannya sekalipun dia dizalim dan diseksa seperti yang telah berlaku kepada Bilal bin Rabah dan kepada keluarga Umar bin Yasir dan sebagainya, namun iman dan kepercayaannya tidak dapat ditukar dengan apa pun.
KEBINASAAN IMAN
Untuk mendapat keimanan yang penuh, perlu kepada perjuangan dan ibadah yang sungguh-sungguh. Seseorang yang beriman teguh sukar hendak dibinasakan imannya, tetapi bagi orang-orang yang tipis imannya mudah berlaku kebinasaan.
Antara sebab-sebab kebinasaan iman ialah:
1- Dengan perbuatan, seperti: menyembah berhala, memuja tempat-tempat keramat, menjamu hantu-hantu laut kerana mempercayai disana ada kuasa-kuasa, atau menghinakan al-Qur'an, atau mana-mana ayat al-Qur'an atau Hadith.
2- Dengan perkataan, seperti: menghalalkan perkara yang haram, umpamanya menghalalkan minuman arak, menghalalkan judi, dan sebagainya. Dan mengharamkan benda yang halal seperti mengharamkan perkahwinana atau sebagainya.
3- Dengan kepercayaan, seperti mempercayai adanya nabi selepas nabi Muhammad S.A.W, atau mempercayai Allah itu mempunyai anak isteri.
Setiap orang yang melakukan salah satu dari perbuatan-perbuatan yang membinasakan iman itu, maka dia menjadi murtad atau kafir, dan terkeluar dari agama Islam. Segala amal ibadah yang telah lalu menjadi hancur dan rosak binasa, di negeri Akhirat dia akan menerima azab sengsara, sebagaimana firman Allah: -
Bererti : " Dan orang-orang kafir itu bagi mereka azab yang pedih"
Orang-orang murtad boleh kembali kepada Islam dengan bertaubat bittaubatinnasuha dan mengucap dua kalimah syahadah kembali.
.......................................

الا ان فى الجسد مضغة اذا صلحت صلح سائر الجسد كله واذا فسدت فسد سائر الجسد الا وهى
القلب. رواه البخارى ومسلم
القلب. رواه البخارى ومسلم
Ertinya : "Ingatlah! bahawa didalam tubuh manusia itu ada segumpal daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuh dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh tubuh. Itulah hati."
Apabila setiap anggota masyarakat telah dipengaruhi oleh iman yang mendalam, maka sudah tentu masyarakat dan negara itu akan hidup aman dan bahagia. Allah sendiri telah membuat jaminan sebagaimana firmannya:
مَنْ عَمِلَ صَالِحاً مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً
النحل: أية 97
النحل: أية 97
Ertinya : " Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami hidupkannya dengan kehidupan yang baik."
Dan Allah sendiri sanggup memimpin orang-orang yang beriman itu kepada jalan yang benar, jalan ke arah keselamatan dunia dan akhirat. Sebagaimana firmannya:
وَإِنَّ اللَّهَ لَهَادِ الَّذِينَ آمَنُوا إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
الحج : أية 54
Ertinya : " Dan sesungguhnya Allah adalah pemimpin orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus."
Jika seseorang itu telah dipimpin oleh Allah, dan cinta kepada agamanya, dia sanggup menempuh apa sahaja jurang-jurang dan rintangan-rintangan kerana berjuang meluas dan menegakkan kepercayaannya sekalipun dia dizalim dan diseksa seperti yang telah berlaku kepada Bilal bin Rabah dan kepada keluarga Umar bin Yasir dan sebagainya, namun iman dan kepercayaannya tidak dapat ditukar dengan apa pun.
KEBINASAAN IMAN
Untuk mendapat keimanan yang penuh, perlu kepada perjuangan dan ibadah yang sungguh-sungguh. Seseorang yang beriman teguh sukar hendak dibinasakan imannya, tetapi bagi orang-orang yang tipis imannya mudah berlaku kebinasaan.
Antara sebab-sebab kebinasaan iman ialah:
1- Dengan perbuatan, seperti: menyembah berhala, memuja tempat-tempat keramat, menjamu hantu-hantu laut kerana mempercayai disana ada kuasa-kuasa, atau menghinakan al-Qur'an, atau mana-mana ayat al-Qur'an atau Hadith.
2- Dengan perkataan, seperti: menghalalkan perkara yang haram, umpamanya menghalalkan minuman arak, menghalalkan judi, dan sebagainya. Dan mengharamkan benda yang halal seperti mengharamkan perkahwinana atau sebagainya.
3- Dengan kepercayaan, seperti mempercayai adanya nabi selepas nabi Muhammad S.A.W, atau mempercayai Allah itu mempunyai anak isteri.
Setiap orang yang melakukan salah satu dari perbuatan-perbuatan yang membinasakan iman itu, maka dia menjadi murtad atau kafir, dan terkeluar dari agama Islam. Segala amal ibadah yang telah lalu menjadi hancur dan rosak binasa, di negeri Akhirat dia akan menerima azab sengsara, sebagaimana firman Allah: -
وَالْكَافِرُونَ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ
الشورى : أية26
الشورى : أية26
Bererti : " Dan orang-orang kafir itu bagi mereka azab yang pedih"
Orang-orang murtad boleh kembali kepada Islam dengan bertaubat bittaubatinnasuha dan mengucap dua kalimah syahadah kembali.
.......................................
No comments:
Post a Comment