بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana masih lagi diberi ruang dan peluang untuk menjalani kehidupan di dunia ini. Selawat dan salam diucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga, kaum kerabat dan para sahabat baginda S.A.W serta mata rantai-mata rantai penerus perjuangan baginda S.A.W fi kullimakan.
Ana mengucapkan ahlan wasahlan kepada blog ini dalam meneruskan lg agenda dakwah Islamiah yang merupakan suatu kewajipan bagi kita umat Islam. Sebagaimana sabda baginda S.A.W yang bermaksud: "Sampaikanlah dari ku walaupun sepotong ayat"
InsyaAllah, mudah-mudahan dengan kedatangan blog ini sedikit sebanyak dapat memberikan input-input yang berguna kepada para pembaca yang sudi menjamah ruangan ini. Mudah-mudahan usaha murni ini diteruskan hingga ke penghujungnya dalam usaha menyampaikan ilmu dan berkongsi ilmu yang mana adalah pinjaman sementara dari Allah S.W.T kepada kita sebagai hambanya.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Ingat mengingatilah, sesungguhnya ingat-mengingati itu memberi manfaat kepada orang mukmin."
Menyedari akan kemanfaatannya, sekiranya kita berharap, diri ini dapat berfikir apa yang tersurat dan menyuluh dengan mata hati apa yang tersirat dan seterusnya memberi harapan ke arah peningkatan amal, iman dan taqwa kepada Allah Ta'ala. Harapannya agar dengan ingatan ini kita dapat menyuburkan sifat-sifat mahmudah dan menyingkirkan sifat-sifat mazmumah dalam diri berteraskan dan bersumberkan al-Qur'an dan juga as-Sunnah.
Akhir kalam, insyaAllah mudah-mudahan blog ini, fajrulhaq-ikhwanulmuslimun akan terus bersinar. InsyaAllah. Dan sebarang perkongsian idea bolehlah diajukan dalam meneruskan usaha murni ini.
Jazakallahukhairan kathira. Wassalam
P/S: "Artikel dalam blog ini bukanlah hasil tulisan saya sepenuhnya tetapi sebaliknya adalah koleksi peribadi saya hasil pembacaan dari buku, majalah, suratkhabar dan lain-lain. Semua Artikel yang terkandung di blog ini adalah untuk dikongsi bersama. Harap Maklum"
No comments:
Post a Comment