Firman Allah Ta'ala yang bermaksud : " Dan tiap-tiap manusia itu telah Kami ikatkan amal perbuatannya (sebagaimana terikatnya kalung) pada lehernya. Dan kami keluarkan baginya pada hari qiamat sebuah kitab yang dijumpainya terbuka." - Surah al-Isra': 13
Di dalam ayat 13 surah Al-Isra' itu, Allah Ta'ala menyatakan bahawa setiap insan apabila dibangkitkan dari kubur masing2, maka segala amal perbuatannya terikat kemas pada lehernya. Seorang ahli lughah bernama Zajjaj berkata, bhw yang dimaksudkan dengan terikat pada tengkuk itu ialah hendak menunjukkan bahawa segala amal perbuatan insan itu tercatat dengan kemas, yang diumpamakan seperti ukiran yang terpahat pada kalung yang terikat pada leher manusia.
Kalung adalah pakaian perhiasan wanita, kalung itu tetap berada pada leher pada sebarang ketika, sama ada ketika tidur atau berjaga, ketika mengurus dan mengemas rumah tangga atau ketika berjalan2 ke mana sahaja. Ia menunjukkan betapa kalung itu sentiasa ada dileher wanita itu dalam apa suasana dan ketika sekalipun.
Demikianlah kedudukan catatan amal perbuatan manusia dengan mantap dan pasti ada bersama manusiashingga mereka dibangkitkan dari kubur di akhirat kelak. Manusia yang sedang bermaukif di Mahsyar akan menemui sebuah buku catatan lengkap dan dibentangkan dihadapan muka masing2 serta dapat membacanya setiap catatan amal mereka yang baik mahupun yang buruk pasti dapat dibacanya dengan terang tanpa sesuatupun yang tercicir darinya.
Firman Allah itu menunjukkan maksud yang jelas ditujukan kepada setiap insan terutamanya golongan mukmin, bahawa mereka wajib berhati2 menjaga gerak laku setiap perbuatan tutur ucapannya. Jangan sampai catatan yang terikat kemas itu dipenuhi dengan rakaman peristiwa yang memalukan, atau catatan yang mendatangkan kesengsaraan ketika dibentangkan dihadapan Allah Ta'ala serta menimbulkan rasa malu apabila disaksikan oleh manusia yang berada di Mahsyar itu.
Kata Ibrahim bin Idham, seorang ulama' sufi yang masyhur: - bahawa setiap manusia ditengkuknya ada dokoh, padanya dicatitkan segala amal perbuatan manusia yang baik atau yang buruk, walau bagaimanapun semasa hidupnya manusia tidak melihat apa yang ada pada dokoh itu. Apabila manusia mati, maka dokoh itu dilipat, kemudiannya apabila manusia dibangkitkan semula di Mahsyar maka dokoh itu dibuka semula.
Apabila Ibrahim bin Idham menyatakan dokoh itu ada pada setiap insan yang bergelar manusia, janganlah dia cuba meraba ditengkuknya untuk memastikan sama ada benar-benar dokoh itu ada pada tengkuknya, kerana tidak semestinya benda yang ada itu dapat dijamah atau dilihat dengan mata kepala secara kasar. Contonya ialah roh, ia ada pada tubuh manusia, namun para doktor atau pakar perubatan yang sering menjalankan pembedahan manusia tidak dapat melihat roh itu di dalam tubuh manusia.
Allah S.W.T menegaskan bahawa catatan amal perbuatan manusia tetap ada, orang2 mukmin wajib meyakininya tanpa ragu-ragu, apabila tiba masanya pasti semua insan akan membacanya. Firman Allah Ta'ala yang bermaksud: " Bacalah kitabmu, cukuplah diri mu sendiri pada waktu itu sebagai penghitung terhadapmu. Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri; dan barangsiapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan orang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan mengazab sebelum kami mengutus seorang rasul." - (Surah Al-Isra': 14-15)
No comments:
Post a Comment