Monday, January 31, 2011

MENANGANI TEKANAN DAN KONFLIK


Apakah yang dikatakan tekanan?

Tekanan berlaku apabila anda terpaksa bertindak balas terhadap perkara yang dipertanggungjawabkan terhadap anda. Ia mungkin tekanan jangka pendek, mungkin juga jangka panjang.

Antara tekanan jangka pendek termasuk ketika menduduki peperiksaan,memenuhi tempoh masa menyiapkan kerja, menonton cerita seram, meminta temu janji dan menaiki roller coaster. Dalam situasi yang berbeza, perpisahan dengan orang tersayang, menunggu dalam kesesakan lalu lintas setiap hari, keadaan rumah tangga dan kerja yang tidak selesa adalah bentuk tekanan jangka panjang.

Pendedahan terlalu lama terhadap tekanan jangka panjang boleh mengakibatkan pelbagai gejala emosi dan fizikal.


Bagaimana rasanya?

Secara fizikalnya, anda mungkin menggeletar, rasa tegang, loya, berpeluh, keletihan dan degupan jantung menjadi kencang. Anda juga berasa sengal dan sakit (contoh: pening). Dari segi emosi, anda sukar memberi tumpuan, rasa tidak gembira, menjadi pemarah dan mudah mengalah dalam segala hal. Pendedahan berterusan terhadap keadaan yang menyebabkan ketegangan boleh melemahkan sistem ketahanan badan dan akhirnya mengakibatkan penyakit seperti ulser, penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan pening kepala yang kuat. Pada peringkat teruk ia juga boleh menyebabakan rasa putus asa.

Kebanyakan orang menganggap tekanan sebagai sesuatu yang buruk. Namun, sedikit tekanan adalah baik kerana ia memberi motivasi dan memastikan kita sentiasa berusaha. Tekanan menjadi tidak terkawal apabila ia mula mengganggu kehidupan harian anda.


Apakah punca ketegangan?

Puncanya boleh bermula daripada ciri keperibadian (contoh: penampilan, cara mengendalikan sesuatu) hingga kepada faktor persekitaran (contoh: kerja, rumah tangga, pengurusan masa, sokongan social, rakan dan amalan pemakanan tidak sihat).

Faktor personality juga mempengaruhi cara anda menangani tekanan. Seorang yang optimis dan berkeyakinan biasanya kurang mengalami tekanan berbanding mereka yang pesimis dan kurang berkeyakinan. Tekanan juga boleh berpunca daripada pengurusan masa yang tidak sempurna dan kegagalan meluahkan perasaan. Ketiadaan rakan atau seseorang untuk berbicara boleh menyebabkan tekanan menjadi lebih teruk. Dalam jangka panjang tekanan yang berterusan boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Penyakit paling lumrah yang dikaitkan dengan tekanan ialah penyakit jantung. Penyakit lain termasuk kencing manis, peningkatan kolesterol darah, tekanan darah tinggi dan masalah kulit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...