Friday, June 25, 2010

DAHSYATNYA Apabila Kiamat Tiba

Gambar hiasan: Masjid Beijing Rantau Panjang


(Surah At-Takwir, ayat 1-14)

APABILA matahari digulung, (At-Takwir: 1)

dan apabila bintang-bintang berjatuhan, (At-Takwir: 2)

dan apabila gunung-gunung dihancurkan, (At-Takwir: 3)

dan apabila unta-unta yang bunting ditinggalkan (tidak dipedulikan), (At-Takwir: 4)

dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan, (At-Takwir: 5)

dan apabila lautan dijadikan meluap, (At-Takwir: 6)

dan apabila ruh-ruh dipertemukan (dengan tubuh), (At-Takwir: 7)

apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya, (At-Takwir: 8)

kerana dosa apakah dia dibunuh, (At-Takwir: 9)

dan apabila catatan-catatan (amal perbuatan manusia) dibuka, (At-Takwir: 10)

dan apabila langit dilenyapkan, (At-Takwir: 11)

dan apabila neraka Jahim dinyalakan, (At-Takwir: 12)

dan apabila syurga didekatkan, (At-Takwir: 13)

maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakannya. (At-Takwir: 14)



Tiada ungkapan lidah yang boleh menggambarkan betapa dahsyatnya suasana ketika hari kiamat nanti. Malangnya nasib manusia, biarpun telah diingatkan dengan ayat-ayat Allah, manusia masih alpa. Entah saat bila kiamat akan menjelma, namun jiwa-jiwa insan masih belum bersedia berhadapan dengannya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...